“YB Nak Bagitahu Ni, Syahmi Safari ni sumbat gol cantik dan pakaian dia tutup aurat…” – Ini berlaku bila Netizen perli Yb Syed

 

Kemenangan skuad Harimau Malaya menentang Gajah Putih semalam sememangnya telah memberi khabar gembira buat seluruh rakyat Malaysia apabila Malaysia layak ke peringkat akhir perlawanan bola Piala AFF Suzuki Cup 2018.

Di sebalik kejayaan tersebut, apa yang menarik perhatian netizen adalah jaringan gol pertama Malaysia yang dihadiahkan oleh pemain jersi nombor 4, Syahmi Safari yang berjaya membolos gawang gol Thailand.

Hi, YB Syed Saddiq meh nak habaq mai sat…

Penampilan Syahmi Safari yang memakai long sport tights bagi menutup bahagian lutut, telah menarik perhatian ramai dan memuji penampilan pemuda berusia 20 tahun itu.

Penampilan Syahmi itu telah dijadikan sebagai bukti daripada netizen untuk YB Syed Saddiq bahawa menutup aurat, bukan menjadi penghalang kepada seorang atlet untuk tidak boleh memberikan hasil terbaik dalam sukan.

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan itu pernah mengkritik usaha yang ingin dilakukan pentadbiran negeri Terengganu, yang mewajibkan atlet negeri Terengganu berpakaian sukan menutup aurat.

 

Tutup aurat pun boleh buat gol cun!

Sejak dulu lagi, antara pemain bola yang sentiasa tutup aurat…

Di laman Instagram Syahmi Safari, foto yang dimuat naik olehnya sentiasa memperlihatkan penampilannya yang sentiasa menutup aurat, lantas menjadi perhatian ramai.

Sejak dahulu lagi, pemain kelahiran Selangor ini tidak lepas untuk memakai long sport tights bagi menutup bahagian lututnya.

Video Jaringan Gol Cantik Dari Syahmi Safari

Sumber : IG Syahmi Safari, Twitter via ohmymedia

Ini kata2 sedih Syahmi selepas menghadiahkan penalti buat skuad Gajah Perang

BANGKOK: Pertahanan kanan negara, Syahmi Safari mungkin menjadi pemain Malaysia yang paling lega susulan kegagalan Thailand menempah tiket ke final Piala AFF 2018 dan mempertahankan trofi itu.

Ketika anak buah Tan Cheng Hoe hampir berada di ambang final, Syahmi memberikan ‘bantuan terbesar’ buat skuad Gajah Perang itu apabila menghadiahkan sepakan penalti susulan bola terkena tangannya ketika saingan berbaki hanya setengah minit.

“Ketika itu, saya hilang kata-kata apabila pengadil memberikan sepakan penalti dan kad kuning kedua. Jadi saya terpaksa reda dengan keputusan yang diberikan.

Kalaulah Thailand berjaya menjaringkan gol, memang itu berpunca daripada kesilapan saya tetapi rezeki sememangnya berada di pihak kita.

“Mujurlah jurulatih dan rakan sepasukan banyak memberi kata-kata dorongan. Bagi saya, perkara ini menjadi pengajaran paling berguna dan saya perlu bangkit daripada kesilapan ini,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan malam tadi.

Pada aksi malam tadi, pemain Selangor itu mendiamkan pelusuk Stadium Rajamangala apabila percubaan jarak jauhnya gagal ditepis Chatchai Budprom untuk Malaysia mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-28.

Bagaimanapun, sepakan penalti yang diberikan pengadil dari Jordan, Adham Mohammed Tumah Makhadmeh merentap semangat skuad negara namun tendangan Adisak Kraisorn melambung tinggi sekali gus memaksa gergasi Asia Tenggara itu menelan ego di laman sendiri.

Sekali imbas, tindakan Syahmi mungkin mirip dengan apa yang dilakukan penyerang Uruguay, Luis Suarez selepas menghadiahkan sepakan penalti kepada Ghana pada minit akhir masa tambahan suku akhir Piala Dunia 2010 apabila menahan percubaan pemain lawan menggunakan tangan.

Asamoah Gyan yang diberi tanggungjawab gagal menyempurnakan sepakan penalti terbabit untuk membawa Ghana ke separuh akhir sebelum mereka akhirnya tewas 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti.

Sama ada kebetulan ataupun tidak, jurulatih Ghana ketika itu adalah Milovan Rajevac yang sekali lagi menyaksikan tragedi sama berulang di Stadium Rajamangala, malam tadi.

sumber: hmetro