WOW!!Inilah Hanna Farisha, Anak Fauzi Nawawi Yang Cun Melecun Cemerlang SPM. Jom Baca Kisah Menarik Yang Ohsem Dan Foto2 Peribadi Yang Belum Pernah Didedahkan..

Nama Hanna Farisha menjadi sensasi dan tular di media-media sosial pada 16 Mac 2017 lalu. Ini kerana, gadis berkenaan berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 iaitu 10A.
Berita baik ini dikongsikan oleh ayahnya yang merupakan pelakon dan pengarah popular tanah air, Fauzi Nawawi di akaun Instagram miliknya. Rata-rata netizen turut memuji dan mengucapkan tahniah kepada gadis kelahiran Selangor tersebut.
Apa tunggu lagi, jom kita berkenalan dengan gadis berbintang Pisces ini.
Biodata Hanna Farisha
Nama Penuh: Nurul Hanna Farisha Mohd Fauzi
Nama Panggilan: Hanna Faresha / Hanna Farisha
Tarikh Lahir: 21 Februari 1999
Umur: 18 Tahun (2017)
Zodiak: Pisces
Asal: Selangor
Keluarga: Anak ketiga dari 4 adik-beradik
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Pendidikan: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sik, Kedah
Instagram: https://www.instagram.com/hannafaresha\

Trivia Menarik Hana Farisha


Merupakan anak ketiga hasil dari perkahwinan Fauzi Nawawi bersama bekas isterinya.
Untuk pengetahuan semua, remaja berusia 18 tahun ini turut mendapat 9A sewaktu peperiksaan percubaan SPM.Bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan.
Merupakan adik kepada bekas juara Mentor Milenia 2016, Fareez Hazwan dan anak tiri kepada pelakon cantik, Lisdawati.
Mula berjinak-jinak dalam dunia model muslimah.
Hiking merupakan salah satu aktiviti kegemarannya di waktu lapang.
Mempunyai lebih 20 ribu pengikut di Instagram miliknya.

Sumber : exoramaroon

Perpisahan Dengan Bekas Isteri Bukan Halangan Anak Dapat 10 A – Fauzi Nawawi

Pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi gembira kerana anaknya, Hana Farisha mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Hana, 18, merupakan anak hasil perkahwinan Fauzi bersama bekas isteri sebelum Fauzi mendirikan rumah tangga dengan aktres Lisdawati.

“Perasaan saya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Saya sangat gembira apabila anak saya memberitahu keputusan SPM yang diperolehinya.

“Saya sendiri tidak menjangkakan dia akan mendapat 10A kerana sebelum ini, sewaktu peperiksaan percubaan SPM, dia hanya mendapat 9A sahaja,” kata Fauzi ketika dihubungi oleh Astro Gempak.

Dalam pada itu, Fauzi juga membuktikan yang perpisahannya bersama bekas isteri bukan pengahalang untuk anaknya berjaya dalam pelajaran.

“Bekas isteri saya seorang penjawat awam. Dia mementingkan pelajaran, sama seperti saya dan Lisdawati terapkan kepada anak-anak. Walaupun kami sudah tidak bersama, kami berhubung baik demi anak-anak. Sebelum ini, anak sulung saya turut mendapat keputusan cemerlang dalam SPM dan kini melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya.

“Perpisahan saya dengan bekas isteri bukan penghalang anak-anak untuk berjaya kerana cara mendidik mereka harus betul dan pelajaran serta keperluan harian mereka harus diberikan keutamaan. Saya, bekas isteri dan Lisdawati sama-sama memberikan tumpuan kepada anak-anak supaya mereka pentingkan pelajaran dan agama.

“Saya juga sangat berterima kasih dengan Lisdawati kerana dia menjaga anak-anak saya bersama bekas isteri seperti anak-anaknya sendiri. Apa sahaja masalah yang melanda anak-anak, Lisdawati mengambil inisiatif untuk menghubungi bekas isteri dan bertanyakan sendiri masalah yang terjadi,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Fauzi juga mahu Hana melanjutkan pelajaran di Malaysia berbanding luar negara.

“Sejujurnya, kalau anak lelaki, saya dengan senang hati melepaskan mereka jika mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Namun begitu, saya agak berat hati untuk melepaskan anak perempuan saya belajar di luar negara.

“Keluarga dan kawan-kawan ada mencadangkan supaya Hana menyambung pelajaran dalam bidang perakaunan di Australia tetapi saya rasakan belajar di luar negara tidak menjamin apa-apa.

“Fasiliti pembelajaran serta universiti di Malaysia juga tidak kurang hebatnya, jadi kalau boleh, biarlah Hana belajar di Malaysia sama seperti kakaknya,” katanya mengakhiri temubual.

Teks oleh: Kamaruddin Razal via gempak.com