Vocal Anuar Zain Sudah Tidak Mantap? Ini Penjelasan Anuar Zain

KUALA LUMPUR 31 Jan.- Penyanyi bersuara emas, Anuar Zain memberi jaminan kepada peminat, vokalnya masih hebat seperti dahulu dan tidak perlu ada kesangsian berhubung kemampuannya di atas pentas.

Kata penyanyi berusia 48 tahun itu, biarpun fobia selepas kehilangan suara tahun lepas, kesihatannya sekarang berada dalam keadaan terbaik dan bersedia untuk beraksi.

“Vokal masih okay. Tahun ini memang saya sudah bersedia untuk beraksi di pentas besar. Fobia itu dulu memang ada tapi sekarang semua baik-baik sahaja.

“Apa pun, sekarang semua ada risiko. Paling penting adalah penjagaan kesihatan. Malah doktor pun tidak ada menghalang saya untuk menyanyi nada tinggi.

“Lagipun sebagai penyanyi, memang kita sudah tahu kemampuan dan tahap suara kita,” katanya yang bakal beraksi dalam Konsert Bunga Citra Lestari, Anuar Zain dan Yuka Kharisma Live In Kuala Lumpur pada April nanti.

Dalam pada itu, Anuar juga berterima kasih kepada semua peminat yang memahami dan mendoakan kesihatannya selepas berita kehilangan suara itu tersebar.

“Peminat sekarang sudah bijak. Mereka faham dengan situasi yang dialamai dan mendoakan kesihatan vokal saya kembali pulih.

“Bukan saja-saja tak mahu menyanyi tetapi saya anggap itu takdir dan ujian saya sebagai penyanyi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 moga terus sukses!