[VIRAL: 13 Gambar] PASANGAN ‘VIRAL’ MALAYSIA INI AKHIRNYA BERKAHWIN MEMANG SEPERTI DI ISTANA!

Semalam, pasangan ini telah selamat bernikah dan diijabkabulkan dalam sebuah majlis perkahwinan yang begitu meriah. Seperti jangkaan kami, perkahwinan mereka dilihat begitu eksklusif seperti di sebuah Istana.

Bermula dengan menaiki limosin seperti yang pernah tular sebelum ini, kedua – dua pengantin ini kemudiannya berjalan di atas karpet merah ke tempat bersanding dengan set persalinan yang begitu cantik seperti putera dan puteri diraja dalam filem fantasi.

Hafiz Tolak Anggapan Wedding Of The Year.

Jika pengantin paling cantik versi tidak bertudung milik Izara Aishah, mungkin bagi versi bertudung anda boleh lihat pada Syafiqah Aina yang begitu anggun memakai baju berwarna perak serta mahkota. Segala – galanya kelihatan sempurna!

Walaupun ramai yang menganggap perkahwinan mereka seperti Wedding Of The Year, Hafizmenerusi Instagram nya, menolak dakwaan tersebut dan menganggap semuanya adalah hasil titik peluhnya sendiri.

”Wedding Of The Year”

Aku kurang bersetuju dengan “wedding of the year” seolah olah sesuatu majlis itu adalah pertandingan. Tak kira siapa pun, jangan membezakan majlis kita dengan orang lain. Disebabkan perkara macamnilah yang boleh “makan diri sendiri”

Buat sekadar mampu yang tidak menyusahkan orang lain, keluarga, atau menyebabkan berhutang & sebagainya. Jangan pernah ada sifat malu, kerana itu majlis anda, hari anda

Pendapat saya, untuk sesebuah majlis, kemeriahannya bukan dari kemewahan sesebuah majlis. Tapi dari segi pengisian atau kenangan yang kita dapat ingat pada hari indah itu

Berdiri atas kaki sendiri, guna titik peluh sendiri. Kemeriahan & keindahannya pasti akan datang”

Adakah pasangan ini akan terus menghasilkan video dan gambar yang tular? Apa pun, kami mendoakan yang terbaik dan tahniah buat pasangan raja sehari ini!

Perkahwinan Pasangan Viral Ini Bakal Digelar Wedding Of The Year

Masih ingat dengan kisah seorang lelaki yang membuat kejutan hari lahir kepada kekasih hatinya, dengan menaiki dan tahun berikutnya menaiki kapal mewah pula?

Pelbagai Kejutan Dari Hafiz Mahamad

Video kisah percintaan mereka turut tular di media sosial dengan pelbagai reaksi netizen. Ada yang memuji kisah mereka dan tidak kurang juga jelik dan menganggap pasangan ini seperti melupakan ibubapa masing-masing.

Menolak dakwaan itu, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Hafiz Mahamad turut membuat kejutan kepada ibubapanya yang cukup mengharukan. Malah beliau turut tegaskan segala yang dibuat adalah menggunakan duit titik peluhnya sendiri dan bukannya dari keluarga seperti yang hangat diperkatakan oleh netizen.

Pre-Wedding Yang Cukup Gah!

Bakal mendirikan rumah tangga bersama gadis yang dicintainya, Syafiqah Aina segala persiapan sedang rancak dijalankan. Malah penggambaran pre – wedding mereka turut tular dan kami di Hangat.com turut akui gambar dan konsep tersebut mempunyai auranya .

Lihat sahaja gambar-gambar tersebut. Sama cantik dan sama padan bukan? Kita sudah ketahui Hafiz sememangnya suka membuat kejutan. Jadi konsep perkahwinannya juga kami jangkakan bakal diadakan dalam sesuatu yang bakal diingati untuk spektrum 2017. Sama -sama kita nantikan gambar-gambar mereka nanti. Sekalung tahniah buat Hafiz dan Aina!

Gambar : Instagram Hafiz Mahamad

Sumber:kisahkita