Video tular Polis dituduh tendang seorang lelaki yang melakukan kesalahan meletak kenderaan, rupa2nya ini yang berlaku

 

Polis nafi kasari pemandu kereta

JEMPOL 6 Nov. – Polis menafikan dakwaan anggota pasukan itu bertindak kasar terhadap seorang lelaki yang melakukan kesalahan meletak kenderaan di hadapan sebuah bank di pekan Bahau dekat sini semalam.

Ketua Polis daerah, Superintenden Muhd. Nur Hishamuddin Hashim berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, anggota polis terlibat langsung tidak menyentuh lelaki terbabit, sebaliknya cuma menasihatinya supaya tidak memandu dalam keadaan mabuk.

“Lelaki itu mabuk dan enggan bekerjasama apabila diminta mengalihkan keretanya kerana menghalang laluan.

“Kami cuma menjalankan tugas dan mengenal pasti tempat kejadian iaitu di hadapan Maybank Bahau sebagai zon penguatkuasaan tegas larangan meletak kenderaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, sebuah rakaman video berdurasi selama enam minit memaparkan beberapa individu membantah tindakan polis menahan seorang pemandu kereta tular dalam media sosial.

Mereka mendakwa seorang anggota polis bertindak kasar dengan menendang lelaki itu kerana meletakkan kereta di hadapan sebuah bank sewaktu isteri dan anaknya menunggu di dalam kenderaan tersebut.

Muhd. Nur Hishamuddin berkata, pemilik kereta tersebut mengakui kesilapan yang dilakukannya selepas dia dibawa ke balai polis berhampiran.

“Pihak polis telah beri amaran supaya dia tidak mengulangi kesalahan. Kami pun tidak mahu panjangkan hal ini kerana hari ini Deepavali. Jika ditangkap, pasti dia kena tidur di lokap,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/negeri-sembilan/video-polis-nafi-kasari-pemandu-kereta-1.781910#ixzz5W3nMFF7h
© Utusan Melayu (M) Bhd

Assalamualaikum dan salam sejahtera

*Didahulukan dengan Ucapan Happy Deepavali*

Mengulas satu isu yg berkaitan ,
Anggota2 yg terlibat adalah anggota yg menjalankan tugas Ops payung dihadapan Maybank Bahau . Tiada isu tendang menendang yg berlaku seperti yg dikatakan.

Apa yg sebenarnya berlaku adalah sebaliknya .Lelaki India tersebut berada dlm keadaan mabuk dan enggan bekerjasama apabila diminta mengalihkan keretanya kerana menghalang laluan kenderaan lain yg agak sesak pada masa tersebut kerana menjelang perayaan. Setelah dipujuk beberapa kali lelaki tersebut bersetuju ikut ke balai Bahau .

Semasa dibalai lelaki tersebut mengaku kesilapannya dan pihak PDRM telah memberi amaran supaya tidak mengulangi kesalahan . Pihak PDRM juga telah terangkan agar tidak panjangkan hal ini kerana esok Deepavali . Jika ditangkap , pasti kena tidur lokap .

Isu ini telah pun di terangkan kpd pihak press dan pihak2 yg berkepentingan . Isu ini telah dikirakan selesai . Keadaan kawasan drpd semalam lg telah kembali normal .

Sekian utk makluman .
: Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd. Nur Hishamuddin Hashim

VIDEO: