[VIDEO] “Comel Overload! I’m Screaming! Warghhhh!, Kenapa Comel Sangat Ya Allah!”-Netizen Geram, Gelagat Aqeef Anaqi Cute Sangat!

Telatah comel, Aqeef Anaqi Bin Amar atau lebih dikenali sebagai Aqeef Anaqi merupakan selebriti cilik popular dan juga putera sulung kepada pasangan sama cantik sama padan, Amar Baharin dan Amyra Rosli.

Si cilik bambam, Aqeef Anaqi adalah bayi yang murah dengan senyuman sama seperti ibu dan ayahnya. Malah, Aqeef Anaqi juga seorang bayi yang aktif kerana Amar dan Amyra sering kali memuatnaik video gelagat Aqeef yang comel dalam Instagram miliknya.

Pasangan bahagia, Amyra dan Amar telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 11 November 2016. Siapa sangka rezeki Allah untuk beri mereka cahaya mata begitu awal dan lahir lah Aqeef Anaqi pada 10 Oktober 2017. Sekarang Aqeef sudah hampir genap mencapai usia lebih kurang 5 bulan. Wajah Aqeef juga saling tak tumpah dengan wajah Amar.

Apa yang menarik perhatian netizen baru-baru ini, Amyra rosli ada memuatnaik satu video mengenai Aqeef Anaqi berjoget mengikut rentak lagu panama dance. Dalam video tersebut, Aqeef sangat seronok digoyang-goyang badannya ke kiri dan ke kanan oleh ibunya. Tersenyum lebar muka Aqeef dalam videonya.

Lihat sahaja video Aqeef, nampak sangat muka ceria dapat berjoget. Rata-rata netizen yang menonton video Aqeef Anaqi telah memberikan komen di laman Instagram milik, Amyra Rosli. Ada netizen yang mengatakan Aqeef nampak sangat comel dalam video tersebut. Malah, ada juga netizen yang berasa geram dengan Aqeef sebab bermata bulat dan tembam sangat.

Comelnya, ikut muka ayah

Handsome…

Syok berjoget…

Cute overload…

Ceria macam mommy…

Sumber : IG Amyra Rosli

KisahDunia.COM