Tunku Azizah masak untuk pekerja istana dicemburui rakyat jelata

Umum sedia maklum mengenai Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah yang gemar mencemar duli bagi memasak pelbagai jenis lauk rakyat di khalayak ramai.

Lebih-lebih lagi apabila memasak merupakan hobi dan minat Raja Permaisuri Agong yang sudah menjadi rutin harian untuk menghabiskan masa di dapur.

Menerusi laman Twitter rasmi miliknya, Tunku Azizah berkongsi gambar menu yang dimasak sendiri sehingga mendapat ulang kicau hampir 1.200 dan 6,600 tanda suka rakyat jelata.

Jelas Tunku Azizah dalam tweet berkenaan, menu lemak ketam daun munggai dimasak khas untuk pekerja di istana. Wahhh! Untung betul siapa yang bekerja dengan Tunku Azizah ni.

Rata-rata netizen meninggalkan komen berbaur cemburu kerana orang tertentu dapat merasai air tangan Tunku Azizah ini. Mana tidaknya, tengok gambar pun dah boleh tahu kelazatan lauk itu!

Memang diakui bahawa Tunku Azizah disukai oleh rakyat jelata. Sifatnya yang sangat mesra dan rendah diri membuatkan baginda disenangi ramai.

Sumber : Tunku Azizah.