‘Tolong henti sebar gambar..’ – Kakak merayu saat mengetahui foto ini disebarkan

“TOLONGLAH hentikan sebar gambar dan maklumat itu yang hanya mengganggu siassatan polis dan menggurris perasaan kami,” kata Norhafizah Bidin, 33.

Norhafizah adalah kakak sulung Norfazera, 27, wanita yang dipercayai m4ti dibvnuh bersama anaknya, Muhammad Iman Asraf, 11, yang may4tnya ditemui dikeerat kepada lapan bahagian di kawasan semak Kampung Ladang, Krubong di Melaka semalam.

Menurutnya, dia sekeluarga masih terkejut dengan kejadian itu turut merayu orang ramai supaya berhenti menyebarkan gambar myat yang dipercayai adik dan anak saudaranya itu.

“Kami akan memberi kerjasama kepada pihak polis termasuk menjalani ujian asiid deoksirbonukleik (DNA) esok bagi memastikan identiti myat yang ditemui semalam.

“Tambahan pula, adik saya (Munirah) memberitahu polis memaklumkan myat ditemui semalam tidak sempurna termasuk bahagian kepala yang belum ditemui,” katanya.

Dia turut menjelaskan adik iparnya yang juga suami kepada Norfazera ada ke rumah ibunya menghantar anak bongsunya pada Selasa lalu.

Menurutnya, lelaki itu tenang dan tidak menunjukkan perasaan takut ketika itu.

Katanya, ibunya ada bertanya kepada lelaki itu di mana Norfazera berada tetapi hanya dimaklumkan olehnya tidak dapat menghubungi isterinya.

Wanita itu turut mengesahkan gambar yang tular di media sosial mengenai laporan pembvnuhan kej4m seorang lelaki terhadap dua beranak itu dalam kejadian semalam adalah adik iparnya yang berusia 31 tahun.

“Kali terakhir Baby (Norfazera) menghubungi ibu adalah Ahad lalu memaklumkan mahu meraikan hari jadinya di Kuala Lumpur pada keesokan harinya bersama suami dan dua anaknya, Muhammad Iman dan yang bongsu berusia dua tahun.

“Baby yang tinggal bersama ibu memaklumkan suaminya yang bekerja di Singapura beri alasan mahu ke Kuala Lumpur untuk membeli pakaian baru sempena hari pernikahan adik saya, Munirah pada 20 Oktober ini,” katanya ketika ditemui di rumah ibunya di Rumah Pangsa Pegaga, Taman Merdeka di Melaka hari ini.

Menurut Norhafizah, itu adalah kali terakhir ibunya dapat berhubung dengan Norfazera yang juga anak bongsu daripada tiga beradik sebelum dia gagal dihubungi sejak malam Isnin lalu.

Jelasnya, Norfazera mempunyai empat orang anak berusia antara dua hingga 11 tahun hasil dua perkahwinan terdahulu dan hanya menjaga anak sulung dan anak keempat.

“Anak kedua dan ketiga pula dijaga bekas suaminya, manakala perkahwinan keduanya sejak setahun lalu belum dikurniakan anak.

“Sepanjang perkahwinan, suaminya yang juga warga Singapura dikenali dengan sifat yang sangat baik dan tidak pernah memarahi adik, malah kali terakhir ibu menemuinya Isnin lalu, dia juga tenang,” katanya sambil menahan sebak.

‘Saya tak pernah dengar suami isteri itu berg4duh’

“KALI terakhir ibu saya menemui lelaki itu adalah minggu lalu dan dia tidak menunjukkan sebarang perubahan sebaliknya menegur seperti biasa,” kata jiran kepada keluarga yang dipercayai ada kaitan dengan kes pembvnuhan kej4m di Kampung Ladang, Krubong, petang semalam.

Jiran berkenaan yang enggan dikenali berkata, sejak mendiami rumah dua tingkat itu hampir dua tahun lalu, dia tidak pernah mendengar lelaki warga Singapura dan isterinya itu bergaduh.

“Walaupun mereka jarang balik, tapi sesekali bila pulang, mereka tetap menyapa saya dan tidak menunjukkan seperti mempunyai masalah dalam hubungan.

“Memang pasangan itu dan tiga anaknya jarang balik ke sini kerana suaminya bekerja di Singapura dan hanya pulang tak sampai 10 kali sebulan,” katanya.

Petang semalam, polis menemui anggota baddan manusia dipercayai lebih daripada seorang yang berselerakan sekurang-kurangnya lapan bahagian di kawasan semak Kampung Ladang, Krubong.

Susulan itu, media sosial hari ini tular mengenai laporan pembvnuhan kej4m oleh seorang lelaki terhadap dua m4ngsa iaitu kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan ibunya berusia 27 tahun yang dikaitkan dengan kejadian penemuan may4t itu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad dilaporkan berkata, polis masih menyiasat jantina m4ngsa termasuk identiti yang hanya diketahui selepas proses bdah siassat.

“Kita akan tentukansama ada sekurang-kurangnya lapan bahagian tubvh manusia ditemukan ini lebih daripada satu (m4ngsa) atau tidak selepas selesai proses beddah siassat,” katanya.

Kes disiassat mengikut Seksyen 302 Kanun kerana membvnuh.

 

Sumber: hmetro