Terpaksa Berjauhan! Amaran Che Ta Pada Zain Saidin Memang ‘Win’. Mendalam Amaran Tu! Ada Jugak Yang Tersedak Bila Dengar..

Pelakon Rozita Che Wan ataupun mesra disapa Che Ta, beliau sememangnya gemar bercuti ke luar negara. Lebih menarik lagi, setiap kali bercuti pasti Che Ta sekeluarga akan mengenakan pakaian cantik dan sedondon.

Hasil perkahwinan terdahulu, Che Ta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra. Hari ini dia bahagia bersama suaminya Zain Saidin melayari bahtera perkahwinan dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Aaisyah. Jurang umur antara Zain dan anak-anak Che Ta tidak jauh berbeza. Jika dihitung, perbezaan umur Zain dan anak sulung Che Ta, Ammar Effendy cuma 12 tahun.

Tidak dinafikan isteri mana yang tak risau jika suami terpaksa berjauhan kerana urusan kerja. Baru-baru ini, Che Ta ada memuatnaik gambar dia bersama suaminya dan menyatakan rasa hatinya yang sangat rindu pada suaminya. Che Ta juga mendoakan perjalanan suaminya selamat dan dipermudahkan.

Apa yang mencuri tumpuan melalui ucapannya, Che Ta ada sertakan Hashtag di barisan terakhir ayatnya bertulis #janganpulakadasapasapaajakpkaroks seolah-olah mengaitkan isu kontroversi yang melibatkan kes pelakon Afifah Nasir dan Aliff Aziz.

Sebelum ini dunia hiburan dikejutkan apabila penyanyi Aliff ditahan pihak polis selepas didakwa mencederakan isterinya, Bella dalam sebuah kelab karaoke di Taman Shamelin, Cheras pada 27 Julai lalu.

Rata-rata netizen menyangka hashtag tersebut ditujukan kepada Afifah Nasir, namun ini hanya spekulasi kerana Che Ta sendiri tidak menyatakan mana-mana nama individu dalam kapsyen itu.

Sumber: Hangat.com