Terkini: Selepas Bekas Menantu Beritahu Tak Terima Bantuan, AR BaduI Akhirnya Bersuara

Pelakon dan pelawak AR Badul berharap sumbangan diterima untuk keluarga arwh Mejar Mohd Zahir Armaya dikongsi bersama dua lagi cucu hasil perkahwinan pertama anaknya itu.

Badul ketika dihubungi berkata, orang ramai menghulur sumbangan dan bantuan kerana simpati dengan anak-anak Allahyarham dan ia adalah hak mereka (anak).

” Walaupun berlainan ibu, kedua-duanya tetap anak kandung Mohd Zahir,”

katanya ketika mengulas rintihan bekas menantu, JamiIah Ismail, 37, berhubung sumbangan dan bantuan kewangan yang tidak diterima Ebal Zulkarnain, 9, dan Remy Iskandar, 8.

Badul berkata, dia sangat bersimpati dengan nasib dilalui dua cucu lelakinya itu.

Dia sangat berharap, menantunya, balu anaknya itu kini, Nour Shafinar Harun dapat membahagikan sumbangan dan bantuan diterima kepada dua beradik berkenaan.

“ Dengan sumbangan itu dapatlah kebajikan dua anak keciI yang kehilangan bapa terjaga,” katanya.

Terdahulu JamiIah Ismail, 37, yang mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Mohd Zahir selama sepuluh tahun sebelum berpisah Mac tahun lalu telah meluahkan perasaan beliau.

“ Sy berharap dua anak saya turut menerima sumbangan dan bantuan kerana mereka juga anak kepada Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, namun apa yang berlaku sekarang ialah bantuan seolah tidak sampai kepada dua anak saya sedangkan difahamkan terlalu banyak sumbangan daripada pelbagai pihak,” katanya.

Menurut beliau lagi, setakat ini dua anaknya, Mohamad Remy Iskandar Mohd Zahir, 8 dan Mohamad Ebel Zulkarnain, 9, hanya menerima RM1,500 sumbangan Yayasan Kasih sebagai perbelanjaan persekolahan dan keperluan lain.

Sebagai ibu tunggal yang hanya bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan pendapatan RM25 sehari, bantuan amat diperlukan bagi menyara dua anaknya kerana difahamkan sumbangan untuk mereka berdua banyak diterima daripada pelbagai pihak.

Menurutnya, dia bukan berniat untuk menagiih simpati dan merayu pada mana-mana pihak bagi kepentingan peribadi tetapi demi kebajikan dua anak perwira negara yang terkrban yang sebelum ini mengharumkan nama negara sebagai anggota komand0.

“ Sy amat terkilan apabila begitu banyak bantuan yang dihulurkan pelbagai pihak termasuk sumbangan kerajaan yang disampaikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail baru-baru ini.

” Namun semuanya tidak diterima oleh Mohamad Remy Iskandar dan Mohamad Ebel Zulkarnain kecuali yang diberikan oleh Yayasan  Kasih dan beberapa sumbangan peribadi sahaja.

“ Banyak pihak beranggapan dua anak saya menerima banyak sumbangan dalam bentuk kewangan terutama apabila media melaporkan banyak pihak tampil menghulurkan bantuan sebagai tanda simpati.

“ Sy ingin jelaskan bahawa dua anak saya kini seolah tidak wujud sedangkan mereka sepatutnya mendapat perhatian yang lebih kerana mereka anak hasil perkahwinan pertama arwh ayah mereka” katanya yang menetap di Peramu Jaya, di Pekan.

Beliau berkata, dua anaknya kini belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Peramu Jaya 2, Pekan dan mereka memerlukan wang saku RM10 setiap hari.

Bagaimanapun, dengan pendapatan tidak seberapa ianya begitu membebankan dirinya.

JamiIah berkata, dia juga terkilan apabila sebelum ini banyak pihak berjanji untuk datang melawat dua anak arwh namun hingga kini bayang pihak terbabit tidak kelihatan.

Katanya, hak anak yatim perlu diutamakan kerana mereka masih keciI dan memerlukan sokongan berbentuk kewangan dan kemudahan lain.

Menurut JamiIah, dia bimbang hak anak yatim diabaikan begitu sahaja.

“ Sy berharap pihak yang berkaitan supaya tidak terus terlepas pandang terhadap dua anak arwh yang berada di Peramu Jaya ini kerana dia mempunyai hak.

“ Berd0sa besar mana-mana pihak yang bertindak menggunakan wang sumbangan untuk anak yatim,” katanya bersyukur bekas bapa mentuanya AR Badul banyak memberi sokongan.

Mohd Zahir seorang anggota komand0 mninggaI dunia ketika melakukan dem0nstrasi keupayaan sempena pelancaran penubuhan Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) di Kem Kok Lawi, Sabah.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : hmetro