Terkini: Baru balik rumah, Ainul Mardhiah masuk hospital semula

Terkini: Baru balik rumah, Ainul Mardhiah masuk hospital semul

Umum sedia maklum bahawa bayi kesayangan Malaysia, Ainul Mardhiah yang pernah dilaporkan menghidapi ketumbvhan di mulut sudah pulang ke rumahnya beberapa hari yang sudah.

Selepas dilaporkan pulih dari ketumbvhan, Ainul telah pun mulai ceria dan kembali seperti bayi-bayi yang lain. Baru sahaja menginjak umur satu tahun, adik Ainul sudah terlihat comel serta aktif membalas agahan orang tuanya.

Namun begitu, menerusi IG Story bapa Ainul semalam, Ahmad Safiuddin menberitahu bahawa anaknya telah dimasukkan ke hospital kembali apabila mengalami jangkiitan kumman.

Hal tersebut membuatkan kesihatan Ainul sedikit terjejas dan terpaksa di tahan di wad hospital berdekatan kediaman mereka di Melaka. Walau bagaimanapun, Safiuddin memaklumkan bahawa anak kesayangannya itu dalam keadaan baik-baik sahaja.

Terdahulu, Ainul Mardiah pernah mendapat liputan meluas di seluruh negara berhubung penderiitaan yang dialami sehingga membawanya terbang ke London untuk mendapatkan rawatan.

Kejayaan pembedahan berisikko tingggi itu bukan sahaja menggembirakan ahli keluarga, malahan seluruh rakyat Malaysia sehingga menjadi topik utama dalam berita-berita semasa ketika itu.

Sumber : Ahmad Safiuddin

—————————————-

(Berita berkaitan Sebelum Ini pada 8 September 2019)

Sekian lama, akhirnya Ainul gembira balik rumah

“WALAUPUN pada awalnya dia agak pelik, pandang kiri dan kanan, tetapi tidak lama selepas itu Ainul dapat merasai suasana di dalam rumah.

“Dia bagaikan mengerti apabila dapat duduk di katilnya sendiri dengan reaksi tersenyum-senyum”

kata ibu kepada Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, Nurul Erwani Zaidi, 24, menceritakan gelagat anaknya sebaik tiba di kediaman mereka di Rumah Awam Ayer Molek, Melaka, semalam.

Ainul Mardhiah, 13 bulan, yang sebelum menghidap kansser Germ CeII Tum0r terbang ke London pada 25 Mei lalu dan berada di sana selama dua bulan bagi menjalani pembeddahan dan mendapatkan rawatan sebelum dibenarkan pulang apabila menunjukkan perubahan positif.

Sebaik tiba di tanah air pada 28 Julai lalu, Ainul ditempatkan terlebih dahulu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemantauan.

Nurul Erwani berkata, dia dan suami Ahmad Safiuddin Razak, 24, amat bersyukur dan gembira apabila mereka sekeluarga selamat pulang ke rumah sendiri selepas beberapa kali menemppuh detik mencemmaskan sepanjang anaknya itu menerima rawatan.

Katanya, sebelum dibenarkan pulang ke rumah semalam, Ainul terlebih dahulu dipantau di Hospital Melaka untuk tempoh satu malam.

“Alhamdulillah, semalam dia tidur lena dan hari ini aktif bermain.

“Akhirnya kami dapat balik rumah, empat bulan di hospital pelbagai detik dan situasi dilalui. Semestinya saat ini dinantikan,” katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini.

Menurutnya, walaupun sudah dibenarkan pulang, anaknya itu perlu membuat beberapa rawatan susulan setiap bulan bagi memantau tahap kesihatannya selain menjalani fisi0terapi.

Katanya, walaupun pembessaran dan pergerakan anaknya tidak seperti bayi seusia lain, banyak perubahan ditunjukkan Ainul yang semakin hari kian aktif.

“Kalau boleh kami tidak mahu paksa sangat biarlah dia buat apa yang boleh seperti sekarang.

“Sekarang ini dia sudah pandai pusing badannya sendiri, kenal mainan dan menunjukkan reaksi apabila kita mengambil mainan dipegangnya,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Safiuddin berkata, walaupun tahap kesihatan dan perkembangan anaknya itu menunjukkan perubahan positif, Ainul perlu memakai alat sokongan pernafasan.

Menurutnya, atas nasihat doktor Ainul perlu dikuarntinkan di rumah kecuali untuk ke hospital memandangkan sistem imunsasinya tidak kuwat selain mudah terkena jangkkitan.

Video :

Boleh datang jenguk, cuma elak pegang

“Kami tidak menghalang jika ada yang ingin datang menjenguk Ainul, sebaliknya saya amat berharap agar tidak memegangnya.

“Setiap kali mahu menyentuhnya, kami agak bimbang kerana risau Ainul akan dijangkiiti kuman,” katanya yang menyimpan hasrat untuk membawa Ainul menunaikan umrah sebaik anaknya itu sembuh sepenuhnya kelak.

Sumber : HarianMetro