“Terima kasih Malaysia! ”- Detik Bersejarah. Dengan linangan air mata, Lee Chong Wei umum persaraan kerana ini.

“Terima kasih Malaysia.”- Dengan linangan air mata, Lee Chong Wei umum persaraan

Selepas pelbagai pencapaian diterima sepanjang kariernya, hari ini, Datuk Wira Lee Chong Wei telah mengumumkan persaraannya sebagai seorang pemain badmintan profesional nombor satu negara.

Video penuh

Datuk Lee Chong Wei telah membuat pengumuman ini menerusi sidang medianya pada pukul 12.30 tengahari. Beliau telah menjelaskan bahawa persaraanya ini tidak ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak. Ia adalah semata-mata kerana sudah tiba masa beliau menggantung raket dan juga tahap kesihatannya.

Ramai terkejut!

Sidang media yang turut dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ini diadakan di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) , Putrajaya.

Lee Chong Wei dilihat menitiskan air mata sepanjang sidang media tersebut dan turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan, rakan seperjuangan, jurulatih, keluarga dan seluruh rakyat Malaysia diatas sokongan kepadanya selama ini.

Menerusi sidang media yang dibuat secara Live di Harian Metro, beliau menjeaskan ingin berehat selepas ini bersama keluarga selepas 19 tahun berjuang mengharumkan nama negara.

Rata-rata rakyat Malaysia yang menonton sidang media tersebut telah meninggalkan komen diruangan Facebook Harian Metro dengan mengucapkan ribuan terima kasih dan semoga maju jaya untuk lagenda badminton tanah Air ini.

Sumber : Harian Metro