Terbaik Cik B, Sempoi COD Barang Pun Naik Lamborghini! Lihat Siapalah Pelanggan Bertuah Tu Ya

Anak kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida, Cik B membuat kejutan apabila menghantar barangan produknya menggunakan kereta mewah model Lamborghini.

Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen, 14, mempamerkan skil memandunya menerusi satu video yang dimuat naik di Instagramnya.

Menurut Cik B, barangan itu akan dihantar kepada pelanggannya yang bertuah. Yang menarik perhatian ramai, pastinya kereta yang dipandu oleh Cik B!

Video asal dari LINK ini: Sila KLIK

“Nak COD (Cash On Delivery) ni, kalau nak tahu siapa orang yang bertuah ni, jom ikut Cik B,” katanya.

Menjengah ke ruang komen rata-rata netizen dilihat amat mengagumi kereta mewah dipandu usahawan muda itu.

Kebanyakkannya mereka merasakan Cik B sangat bertuah kerana berpeluang memandu Lamborghini di usia muda.

Sebelum ini, Dato Vida pernah memaparkan video, Cik B dapat hadiah kereta mewah:

Dalam pada itu, ada juga netizen yang mempersoalkan kelayakkan Cik B memandu memandangkan dia masih berusia 14 tahun dan tidak mempunyai lesen.

 

Sumber : AstroGempak