“Tak Tahu Dah Nak Kata Apa Dekat Dr.Amalina Ni..” – Bapa kagum semangat Doktor muda ini. Rupanya bukan mudah untuk Ainul ke sini

Bapa kepada Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak mencoretkan penghargaan kepada doktor bedah Malaysia yang bertugas di London, Dr. Amalina Bakri. Terharu dengan usaha doktor muda tersebut!

Bapa kepada bayi sembilan bulan yang menghidap ‘Germ CeII Tum0r’ ini berterima kasih kepada Dr. Amalina kerana bersungguh-sungguh membantu kesembuhan Ainul.

Video rakaman terkini:

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=2538441739513002&id=100000416024242

Selepas lebih lima jam bertarvng ny4wa di bilik pembdahan di sebuah hospital di London, Ainul berjaya dalam operasi semalam dengan selamat.

Tum0r 200 Gram Dibuang, Dr. Amalina Kongsi Momen Sebak Selepas Pembdahan Adik Ainul

Safiuddin merakamkan ucapan terbabit menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya, @ahmadsafiudinn.

“Tak tahu dah nak kata apa dekat Dr. Amalina ni. Kerana dia lah orang yang paling bersungguh-sungguh nak Ainul ke sini.

“Bermacam ujian dan dugaan nak bawa Ainul ke sini. Tapi dia tak putus asa, sentiasa cari jalan untuk bawa Ainul ke sini dengan kadar segera.

Alhamdulillah

“Sehingga semalam, dia yang menemani Ainul sepanjang prosedur dijalankan. Now, usaha Dr. Amalina telah pun berjaya. Semoga Allah sentiasa merahmatinya,” tulis Safiuddin.

Menjengah ke ruangan komen, netizen turut sama mengucapkan terima kasih kepada Dr. Amalina atas budi baiknya membantu Ainul sekeluarga.

Pada 24 Mei lalu, Ainul bersama ibu dan bapanya terbang ke sana bagi mendapatkan rawatan di sebuah hospital di London.

Terbaru, menerusi kemas kini Instagram ibu Ainul, Nurul Erwani Zaidi, dia memaklumkan bahawa Ainul sudah sedarkan diri selepas menjalani pembeedahan selama lima jam.

Sumber : Astrogmpak