Tahniah! Penantian 13 Tahun Berakhir, Bayi Selamat Dilahirkan Selepas 6 Tahun Benih Dibekukan

Penantian 13 Tahun Berakhir, Bayi Selamat Dilahirkan Selepas 6 Tahun Benih Dibeku

Setiap pasangan berkahwin sememangnya mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga yang dibina. Namun, tidak semua pasangan bernasib baik dalam melayari bahtera rumah tangga untuk memiliki zuriat mereka sendiri.

Terbaru, penantian sepasang suami isteri selama 13 tahun untuk mendapatkan zuriat akhirnya menjadi kenyataan dengan kelahiran cahaya mata lelaki hasil daripada menggunakan kaedah In Vitro FertiIisation (IVF) atau dikenali bayi tabung uji.

13 tahun penantian zuriat

Menerusi Bernama, cahaya mata sulung kepada pasangan Mohd. Yuhairi Haniff Yoon dan Noor’adn Muhammad selamat dilahirkan di Pusat Rawatan Ibu dan Bayi (PRIBA), Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Apa yang lebih membanggakan apabila bayi lelaki tersebut yang diberi nama Muhammad Syaqif Mutaqqin merupakan bayi pertama yang dilahirkan menggunakan kaedah pemindahan embrio beku atau Procedure Frozen-Thaw Embryo Transfer (FET) selepas enam tahun dibekukan di hospital berkenaan.

Guggur bayi kembar pada tahun 2013

Susulan itu menerusi Harian Metro, ibu bayi ini mula menjalani rawatan sejak tahun 2012 namun, kandungannya itu kemudian guggur pada usia kandungannya masuk dua bulan.

Saya sudah beberapa kali menjalani rawatan IVF, namun kandungan kegugguran termasuk sepasang kembar pada Julai 2013 ketika usia kandungan 20 minggu.

Selepas kegugguran bayi kembar pada 2013 itu, memang saya sedikit tr4uma untuk meneruskan rawatan, setelah berbincang dengan suami, kami sepakat mahu mengambil masa selama lima tahun untuk berehat agar benar-benar bersedia mentaI dan fizikal untuk rawatan seterusnya.

Percubaan kali keempat

Tambahnya lagi, sejak berlakunya kegugguran sebelum ini dia mengambil langkah berhati-hati dengan mengamalkan pemakanan sihat, mengelak perjalanan jarak jauh serta mengambil cuti tanpa gaji bagi memastikan kandungannya pada kali ini selamat dilahirkan.

Selepas mengalami dua kali kegugguran (terakhir 2013), saya mulakan lagi rawatan dengan embrio beku dimasukkan pada Disember 2018 namun gagal. Siapa sangka dalam percubaan kali keempat iaitu pada 27 Januari 2019, barulah saya disahkan hamil dua minggu kemudian

Enam tahun pembekuan

Sementara itu menurut Ketua pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Dr Nasuha Yaacob berkata kebiasaannya prosedur FET ini mengambil masa purata antara satu hingga tiga tahun dari tempoh pembekuan, dengan maksimum selama lima tahun.

Sebenarnya proses pembekuan ini tidak ada tempoh tamat. Cuma, ini adalah garis panduan Kementerian (Kesihatan) untuk menggalakkan ibu memindahkan embrio dalam masa lima tahun.

Pasangan ini bertuah kerana selepas dibekukan enam tahun, embrio ini masih berkualiti dan berjaya dilahirkan.

Allah swt makbulkan doa

Dalam pada itu, Noor’adn meluahkan rasa syukur dengan kurniaan terindah ini serta mengucapkan terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan dan pihak hospital yang banyak membantunya sepanjang rawatan ini.

Allah swt telah makbulkan doa kami. Saya dan suami amat gembira kerana penantian untuk memiliki zuriat selepas 13 tahun berkahwin menjadi kenyataan. Saya juga berharap bayi kami ini membessar dengan sihat.

Sumber: Bernama, Harian Metro, Utusan Online