Tahniah… Hamil 7 Bulan! Adakah Lisdawati Simpan Rahsia Sebab Siti Nurhaliza?

Aktres Lisdawati mengakui dia sengaja tidak berkongsi berita dirinya hamil kerana tidak mahu membuat orang sekelilingnya risau memandangkan dia masih mampu aktif berlakon walaupun sedang berbadan dua.

Assalamualaikum ❤️ Morning Alhamdulillah .. genap 7 bulan .. Ramai nak tahu mcm mana sy berbasikal sejauh 10 km saat sy mengandung .. ☺️☺️. Dengan izin Allah swt Alhamdulillah . Picture atas masa Hari Wanita kandungan sy 4 1/2, picture bawa kandungan sy 6 . Boleh aktif jika kandungan rasa kuat tetapi tetapkena hati2 . Tiap kali selesai acara sy akan buat pemeriksaan utk kandungan sihat .. Alhamdulillah Doktor kata baby aktif. So sy share amalan sy tiap pagi.. minum susu #ibusuri ( susukambing) campurkan @aryzachiaseedhq dan sedikit kismis atau kurma yg dipotong kecil2. Tuang air panas dan minum… Senang … ✔️ Dapat bekalkan tenaga sepanjanghari ✔️ Menjaga sistem penghadaman utk masalah sembelit. ✔️ Membantu utk mereka yg nak berdiet sbb mengenyangkan 💙 SELAMAT MENCUBA

A post shared by Lisdawati (@lisdawati15) on

Menurut Lisda, disebabkan saiz kandungannya kecil, ada kalangan kru produksi menyangka dia sekadar mengalami perubahan fizikal yang biasa. Lebih-lebih lagi apabila dia sendiri memberi alasan kononnya mahu menyesuaikan diri dengan watak yang dilakonkan.

<blockquote>“Saya tiada niat nak sorok (berita hamil). Cuma saya tidak mahu orang risau. Sebenarnya sewaktu usia kandungan tiga bulan, saya ditawarkan berlakon dalam drama Mr. Grey dan kemudian drama Makmum Yang Paling Aku Cinta (yang kini sedang ditayangkan di saluran HyppTV).

“Saya terima tawaran itu dan tidak memberitahu pihak produksi saya hamil kerana tidak mahu mereka akan fikir saya penat atau tidak boleh beri komitmen sedangkan saya
mampu bekerja. Lagipun watak saya sebagai ibu dan tak perlu memakai baju yang mengikut bentuk badan.

“Jadi saya pun cari lah baju yang bersaiz besar sesuai dengan watak saya. Ada juga kru yang menegur saya dan mereka fikir saya sekadar mengalami perubahan fizikal yang biasa. Dan ketika itu saya iyakan saja kata-kata mereka dan beri alasan mahu sesuaikan dengan watak. Alhamdulillah, saya boleh jalani penggambaran kedua-dua drama sehingga selesai dengan lancar dan tiada masalah,” tuturnya sambil tersenyum.</blockquote>
Lisda yang kini hamil tujuh bulan berkongsi mengenai perkembangan dirinya ketika ditemui pada acara My Town Night Ride, bertempat di Matic, malam tadi.

❤️❤️❤️💙Malaysia

A post shared by Lisdawati (@lisdawati15) on

<blockquote>“Saya sudah jalani pemeriksaan imbasan dan InsyaAllah saya akan timang anak lelaki,” katanya yang sudah mempunyai dua anak perempuan dan seorang anak lelaki.</blockquote>
Tambahnya lagi, dia dan suaminya tidak merancang untuk menimang lagi zuriat namun menganggap kehadiran ‘orang baru’ ini dalam keluarga mereka sebagai rezeki daripada
Tuhan.
<blockquote>“Kami tidak merancang tapi ini rezeki. Pertama kali saya mengandung pada usia 29 tahun. Kini saya berusia 39 tahun. Rasanya cukuplah empat orang dan selepas ini sudah tiba masanya saya betul-betul memberikan fokus kepada anak-anak,” tuturnya.

Sumber : MalaysianDigest @ soyalemon