Supermodel popular terbang ke Thai, cari ‘hero’ selamatkannya ketika tsu nami 2004

 

SEORANG supermodel Czech popular dilaporkan akan terbang ke Thailand pada Disember untuk mencari lelaki tempatan yang membantunya semasa tsun ami 2004 serta seorang bayi perempuan yang dilahirkan semasa bencana itu.

Image result for SUPERMODEL Petra Nemcova

Pembikin filem bebas, Pokchonn Dissayabutra menulis posting di Facebook meminta netizen membantu model tersebut, Petra Nemcova, 39, mencari individu-individu yang dianggap wira olehnya untuk sebuah dokumentari yang menceritakan tentang pengalamannya berdepan bencana paling buruk di Thailand.

Pokchonn, yang mendakwa telah membantu Nemcova dalam beberapa lawatan ke Thailand sejak dua dekad lalu, memberitahu Coconuts Bangkok bahawa sebagai pengurus produksi, dia bertanggungjawab mengesan wira-wira tersebut untuk dokumentari itu.

“Saya tak fikir posting Facebook saya akan jadi berita. Saya hanya perlukan bantuan dari penduduk setempat,” kata Pokchonn.

Pada 26 Disember 2004, Nemcova dan tunangnya, seorang jurugambar fesyen Britain, Simon Atlee, baru sahaja kembali ke resort mereka ketika bercuti Krismas dan mendengar suara jeritan serta melihat orang ramai lintang-pukang, lapor Telegraph.

Ia diikuti gelombang besar di laut dan kuat menghempas pantai, meranapkan bangunan, harta benda dan sekali gus memisahkan pasangan itu.

Itulah kali terakhir Nemcova melihat bakal suaminya, sehingga mayatnya ditemui beberapa minggu kemudian, bersama dengan anggaran 280,000 mangsa lain.

Semasa kejadian, supermodel itu dilaporkan berpaut pada pokok kelapa untuk menyelamatkan diri daripada terkena objek yang dihanyutkan oleh ombak.

Nemcova adalah salah seorang mangsa yang terselamat ketika tsunami 2004. -fotoFB

Pokchonn dalam postingnya menjelaskan bahawa tulang pelvisnya retak di empat tempat berbeza dan mengalami pendarahan dalaman di perut dan rahimnya.

Keadaan psikologinya tidak baik selepas berjam-jam melihat rumah yang ranap dan mayat terapung.

“Nemcova kini mencari: Lelaki Thai yang melihatnya di pokok kelapa dan meminta bantuan orang ramai untuk membawanya turun selepas air surut, pesakit lelaki di katil hospital bersebelahan dengannya yang menenangkannya dan memberikan loket Buddha ketika dia panik dan seorang bayi perempuan bernama ‘Tsunami’ yang dilahirkan pada hari bencana itu.”

Di mana Tsunami, yang sepatutnya kini berumur 14 tahun dilahirkan tidak dinyatakan.

Menurut laporan, Pokchonn berkata pengalaman ini mengubah Nemcova daripada seorang gadis yang hanya memikirkan diri dan kerjayanya sahaja kepada seorang yang sering menghabiskan masanya untuk membantu orang lain.

Pada tahun 2005, Nemcova mengasaskan Happy Hearts Fund (HHF), organisasi amal dengan misi untuk membina semula dan memperbaharui sekolah yang terjejas oleh benc ana alam.

Sejak itu, 208 buah sekolah telah dibina semula di 10 negara termasuk Thailand, Indonesia dan Haiti.

Sejak memuat naik posting di Facebook, Pokchonn berkata dia menerima banyak tip daripada penduduk setempat. Dia kini dalam proses mengesahkan dakwaan mereka.

VIDEO: