“SPM 7G2E..” – INI CARANYA PENDAPATAN KEMBAR ‘INSTAFAMOUS’ RM144K SETAHUN.

Pelajar tersebut, Ieka atau nama penuhnya Siti Norsyahfiqah Tajudin, 17, baru-baru ini menyalahkan guru-guru dan pihak sekolah menerusi vdeo ‘Instagram Live’ selepas menerima keputusan buruk 7G dan 2E untuk peperiksaan pertengahan tahun.

Video itu dipercayai dirakam melalui akaun Instagram milik ibunya mula viral di Youtube.

Tambah beliau lagi:

Bersekolah dirumah? 

Selain menyalahkan guru, Ieka juga memberitahu bahawa dia telah berhenti belajar di sekolah tersebut dan kembali ‘bersekolah di rumah’ di mana dia diajar oleh ibunya. Selepas vdeo itu viral, keputusan peperiksaan pertengahan tahun Ieka telah dibongkarkan di Twitter dan menjadi bahan kecaman Netzen.

Ieka merupakan seorang public figure yang popular di Instagram, bersama kembarnya, Siti Norsyakirah atau lebih dikenali sebagai Iera.

Pendapatan RM12,000 sebulan!

Kedua-dua mereka mempunyai lebih daripada 430,000 followers. Dengan jumlah pengikut yang begitu ramai, mereka berdua telah banyak melakukan paid reviews dan selalu mendapat tajaan daripada pelbagai jenama dan syarikat sejak tahun lepas.

Malah, seorang net1zen iaitu @mieja_ibrahim di Twitter menganggarkan jumlah pendapatan kembar ini mampu mencecah sehingga RM12,000 sebulan!

Mereka baru berusia 17 tahun ketika itu dan masih bersekolah tetapi pendapatan bulanan RM12,000 mereka mengalahkan gaji orang yang telah bekerja selama bertahun-tahun.

Bermakna pendapatan minimum mereka setahun ialah RM144, 000! Wow!

SPM 7G2E & Popular? 

Jadi, apalah sangat keputusan 7G2E itu, kan? Maka bermulalah episod keluhan netizen tentang pergelutan mereka setiap hari. Jadi, tidak hairanlah kenapa pelajar sekolah zaman sekarang masing-masing sibuk nak mengejar populariti di media sosial. Mana tahu boleh hidup senang.

“Yang dapat straight A pun makan duit bini sebab gaji bawah RM2k.”

Satu realiti pahit untuk ditelan.

Sumber: Otok Geligo & Celotehsaje