Setelah Rossa, Kini Ismail Izzani Pula Dikecam Ber’posing’ Dengan Gambar Ini

Selepas Rossa, Ismail Izzani pula dikecam muat naik gambar senjata api

Selang beberapa hari selepas penyanyi negara seberang, Indonesia dikecam gara-gara memuat naik gambar memegang senjata api, hari ini kecoh di media sosial apabila penyanyi muda, Ismail Izzani memuat naik gambar sama.

Menerusi ruangan komen, ada segelintir warganet yang menitipkan kata-kata nasihat kepada penyanyi tersebut supaya memadam gambar itu kerana boleh menimbulkan spekulasi dan persepsi negatif.

Sebelum ini tindakan Rossa memuat naik foto di media sosial sambil memegang senjata api dikecam netizen.

Menurut seorang pengguna dengan akaun @azizi_harunaim, seorang anak seni harus berhati-hati sebelum memuat naik gambar di media sosial terutama melibatkan senjata api.

“Bukan nak dengki, cuma sebagai peringatan bersama. Sasya tahu sebagai artis, penyanyi dan selebriti, saya terfikir kenapa tiada sesiapa yang menasihatkan anda sebelum memuat naik gambar sebegini di media sosial.

“Bergambar dengan senjata api walaupun hanya mainan atau tiruan adalah sesuatu yang tidak baik dan bahaya. Saya beritahu berdasarkan undang-undang. Fikir dahulu sebelum muat naik. Gimik ke apa semua bukan kalis undang-undang,” katanya.

Sebelum ini, seorang guru lelaki ditahan selepas memuat naik gambarnya memegang senapang angin yang dipercayai untuk menembak burung melalui Facebook pada Februari tahun lepas.

Sumber- MHETV