[SERAM] Intekma Resort Tamat Operasi Hotel Namun Ini Cerita Seram Yang Banyak Berlaku Di Sini

SHAH ALAM – Setelah lebih 30 tahun beroperasi di dalam bidang perhotelan dan hospitaliti, UiTM Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan penamatan kesemua perkhidmatan dan operasi hospitaliti Resort dan Pusat Konvensyen Intekma (IRCC), Seksyen 7, di sini.

Menurut satu pekeliling yang tular sejak semalam, proses penamatan perkhidmatan dan operasi itu akan dilakukan melalui dua fasa yang mana fasa pertama akan berakhir pada 28 Februari 2019 manakala fasa kedua pada 31 Mac 2019.

“Buat sementara waktu dari 11 Januari 2019 hingga 31 Mac 2019, semua operasi yang sedia ada akan tetap diteruskan mengikut fasa tetapi tiada tempahan baru untuk bilik dan acara akan diambil

“Selain itu, katanya, semua operasi berkaitan perkhidmatan luar makanan dan minuman (F&B) akan turut ditamatkan,” kata pekeliling itu lagi.

Tambah pekeliling itu, sempena penamatan operasi itu, skim penamatan pekerjaan (staff separation scheme – SSS) melibatkan hampir kesemua kakitangan UiTM Hospitality Management Services Sdn. Bhd. (UHMSSB) akan dilaksanakan.

“Skim SSS akan dijalankan mengikut terma dan syarat perkhidmatan kumpulan seperti mana yang termaktub dalam Akta Pekerjaan 1955.

“Keputusan menamatkan perkhidmatan dan operasi perhotelan dan hospitaliti miliknya bukanlah satu keputusan yang mudah bagi pihak pengurusan.

“Pelbagai perbincangan dan rundingan telah dijalankan bersama Lembaga Pengarah dan pihak berkepentingan bagi mencapai kata sepakat berkenaan hal ini,” ujarnya.

Katanya, masalah operasi dan kewangan yang dihadapi UHMSSB sepanjang empat tahun lalu berikutan fasiliti IRCC di Shah Alam yang usang merupakan antara faktor penting penamatan kesemua perkhidmatan dan operasinya.

Selain itu, UHMSSB turut mengambil kira industri perhotelan dan hospitaliti yang sangat kompetitif khususnya di sekitar Shah Alam serta keadaan ekonomi yang dijangka lebih mencabar juga
menyukarkan Intekma untuk berdaya saing.

“Pembangunan semula aset dan kemudahan perlu dilaksanakan dan strategi pernigaaan baharu perlu dirangka.

“Sebelum pembangunan semula aset dan kemudahan dilaksanakan, operasi perhotelan dan hospitaliti Intekma akan ditamatkan terlebih dahulu manakala aset dan fasiliti sedia ada akan diubah menjadi penginapan pelajar untuk UiTM Private Education Sdn. Bhd. (INTEC) bagi tempoh tiga tahun yang akan datang mulai Mac 2019.

“Selain itu fasiliti dan kemudahan perkhidmatan sampingan seperti kafe, kantin, dobi dan kedai tuncit akan disediakan melalui pihak ketiga,” katanya.

Justeru itu, bagi membantu staf yang akan menamatkan pekerjaan, pihak pengurusan akan menyediakan perkhidmatan kaunseling serta bantuan mengenai pencarian peluang lain.

Sementara itu, sumber UiTM Holdings menjelaskan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan mengenainya.

Sumber- K! ONLINE

Kisah Seram Di Intekma Shah Alam Yang Menhantui Diriku Sampai Sekarang

Pada pertengahan thn 2015, aku mengikuti seminar keusahawan yg berlangsung di sebuah hotel di shah alam, selangor iaitu intekma shah alam.

Kami ada seminar selama 4 hari 3 malam. Pada hari pertama, siang dan malam kami berada di dewan. Balik bilik dalam pukul 11. Kami share 1 bilik 4 orang.. selepas balik bilik..masing2 mandi dan tidur. Pada malam pertama, setiap kali lepas mandi.. pasti akan terdengar air shower terbuka dlm beberapa minit dan tutup. Tapi kami abaikan ingat tekanan air ke apa.. tapi setiap kali je keluar bilik air pasti bunyi air shower terbuka sendiri ..

Image result for air berhantu

Pada hari kedua.. lepas habis seminar .. kami balik dan mandi..macam biasa, bunyi air shower terbuka setiap kali sorang2 dari kami mandi.. kami abaikan lagi. Actually masa kami tak tidur lagi, kami dengar bunyi bilik sebelah dok ketuk dinding. Kami abaikan dan aku xrasa pon benda tu hantu.

Dan menganggap bunyi itu dari bilik sebelah. Kot kot housekeeping tengah mengemas. Opss..malam tu aku tak tidur lewat, lagi 3 kawan aku dah hanyut. Aku ni kategori berani sbb jenis suka abaikan bunyi2. Walaupun kerap sangat aku dengar. Aku tidur lewat sbb nak siapkan asignment dari cikgu yang beri seminar tuh. Memang aku rajin bab homework..hehehe . Tgh buat homework tu, bunyi bilik sebelah makin kuat .

Bunyi katil dan kerusi meja dialih2. Aku kata pelik la pukul 1 pagi bunyi macam ni… tetiba aku rasa bulu roma naik dan sah sah ada benda ni. Sbb aku jenis dpt tau benda ada sbb aku keturunan bidan. Memang bab ni tau juga nak rasa macam mana.. lepas tu bunyi di bilik air…bunyi sora perempuan panggil macam ni… heeeeyyyy…. heeeey… heeeeyy. Panjang2 ja bunyi.. aku yang tidur bawah melompat ke atas katil kawan aku sorang tu. Kawan aku terkejut bangun dan dengar juga dan dia pon takut.

Dia sempat buka surah apa aku tak ingat di hp dia. Dia buka tv sbb nk lawan bunyi bilik sebelah yang lagi kuat bunyi. Tapi tv tutup sendiri. Yang aku heran kawan aku lagi 2 orang tu boleh tidur nyenyak. Memang hantu tu nak sakat aku je. Hahaha geram bila aku ingat balik. Aku dan kawan aku cuba tidur sampai esok pagi baru sedar. Kawan dua orang lagi kejut bangun tidur… aku dan kawan yang kena kacau. Terus demam masuk seminar hari ketiga. Aku ingat benda tu settle malam tu ja.

Aku tak bole teruskan seminar. Aku minta rehat dan dijaga petugas di lobi. Aku demam dan tak bermaya dan rasa ada benda control body aku. Aku tak bole bangun dan tak larat dan aku lawan berubat sendiri. Pertugas minta hantar aku balik bilik utk aku berehat tapi aku tak nak. Sbb 3 orang lagi kawan2 aku dalam dewan. Tak berani nak dok bilik sorang2.

Related image

Time rehat aku jumpa 3 org kawan aku. Semua masam ja muka dan demam.. semua sakit badan. Allah hebat dugaan kami nak menuntut ilmu. Aku tau kenapa kami diganggu. Malam ketiga aku dan kawan2 minta bantuan kawan yang kami kenal di dewan tu yang tgal berdekatan. Kami minta nak tidur rumahnya malam tu sbb ada sehari lagi seminar.

Alhamdulillah malam seterusnya kami tidur di rumah kawan dan esk seminar habis tengahari, kami ambil semua barang dan checkout. Masa beredar, sorang kawan aku tanya cleaner situ, cleaner cerita mmg sini ada gangguna sbb bangunan hotel ni lama dah dari tahun bila aku tak ingat dah.. boleh google.. sbb dulu ni adalah asrama budak uitm shah alam.

Pastu masa checkout aku complain kat receptionist kata sini berhantu. Dia cakap..eh saya tak tau pon.. hahaha rugi semalam tau kami xtidur tapi bayar.. syok hantu tu tidur free. So kami habis ja seminar dan balik ke negeri masing2. Yang kami berempat geram time google je intekma berhantu.. bukan kami ja kena..ramai lagi kena… hahahaha sabar je la.. rugi sbb tak google awai2.

Kalau tak aku sanggup dok hotel budget jalan kaki jauh sikit pon tak apa.. pastu kami ada snap gambar ramai2 malam tu. Bila amati ada makhluk atas pokok.. huwaaa seram….. semua delete gambar tu sbb bila buh di fb, depa semua suruh delete. Cakap bahaya apa ntah.. tu kenangan hantu yang paling xdapat aku lupakan… ngeriiiiii.. sebenarnya banyak lagi yang penah aku kena. Tapi yang ni paling rare.. naseb tak tunjuk muka je…

Sumber:kisahseram