Selesai Tun Mahathir Menghadap Ayahandanya Sultan Ibrahim Iskandar, Ini Respond ‘Sempoi’ Tengku Mahkota Johor

KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kerana menghadap ayahandanya, Sultan Ibrahim Iskandar.

Ia disampaikan melalui laman Twitternya.

“Assalamualaikum @chedetofficial. Saya ingin mengambil peluang mengucapkan terima kasih kerana melawat Johor untuk menghadap ayahanda DYMM Tuanku Sultan.

“Saya harap kita boleh bekerjasama dan melangkah ke hadapan untuk negara yang lebih baik. Semoga berjaya dan semoga anda dalam keadaan baik,” katanya.

HRH Crown Prince of Johor
@HRHJohorII
Assalamualaikum @chedetofficial. I’d like to take this opportunity to thank you for visiting Johor to ‘menghadap’ Ayahanda DYMM Tuanku Sultan. I hope we can work together & move forward for the Nation’s betterment. All the best & Wishing you well Sir. Salam Ikhlas, Ismail Ibrahim

Pada Khamis, Dr. Mahathir Mohamad mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene.

Pertemuan itu adalah yang pertama antara Sultan Johor dan Dr. Mahathir sejak beliau dilantik buat kali kedua sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sumber: astro awani