‘Selain Dr Amalina Inilah Hero2 Mulia Dalam Misi Pembdahan Tum0r Ainul Mardhiah’ – Bukan calang2 orang!

Berita kejayaan pembedahan buang tumor adik Ainul Mardhiah yang dijalankan di sebuah hospital di London menyentuh hati rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Namun ramai tak tahu rupanya banyak lagi insan-insan mulia yang membawa ‘kehidupan’ dan keceriaan kepada anak kecil ini, seperti yang dikongsikan bapa Ainul, Ahmad Saifuddin Ahmad Razak difacebooknya.

Luahan hati seorang ayah

Selain Dr Amalina, ainul juga ada aunty2 barunya di sini yang juga banyak membantu kami sekeluarga. Mereka semua adalah Doktor doktor yang hebat!

Special thanks to Dr Jaseem ( Avisena ) and Dr Guna ( SJMC ) yang merupakan Doktor dari Malaysia yang menguruskan transfer ainul dari Malaysia ke London. Tugas mereka sangat berat kerana perlu memastikan ainul selamat ketika dalam perjalanan ( penerbangan 13 jam ). Alhamdulillah, Doktor berdua ini dapat hantar ainul di depan pintu hospital dengan selamat dan berjaya

Dan, Dr Razin ( Medical Director MAS ) yang bantu untuk membenarkan ainul lepas untuk menaiki flight. Dr Razin and team Mas banyak juga ambil tempat dalam menjayakan Ainul ke London. Special thanks dekat Pilot yang bawa ainul termasuk crew cabin yang banyak bantu kami di atas flight!

Setibanya kami di london, kami sekeluarga telah dijemput oleh Dr Fahja ( Anaes, UK ), Dr Najmiah ( anaes, UK ), Prof Dr Faridah ( Lect, UK ) dan Encik Jeffri wakil dari Kedutaan Malaysia termasuk wakil dari MAS London. Sepupu saya dari malaysia juga turut menemani kami dari malaysia, Dr Ruhaiza dari Hospital Melaka.

Mereka ini adalah kakak kakak kami di sini. Mereka bantu uruskan dari segi penginapan, makanan, dan sentiasa menyokong dan memberikan kata kata semangat buat kami suami isteri.

Mereka lah kiriman Tuhan kepada kami, sentiasa memudahkan urusan kami. Mereka hanya minta kami fikir dan fokuskan kepada ainul sahaja, the rest mereka uruskan. Baik sungguh hati!

Walaupun mereka semua sibuk dengan kerja dan keluarga masing masing, tapi sentiasa curi masa untuk bersama kami dan ainul di hospital.

Kami sangat-sangat gembira dengan Allah bila DIA telah kirimkan kepada kami pelbagai jenis manusia yang baik hati supaya dapat memudahkan segala urusan kami di sini.

Terima kasih yang tak terhingga Kak Fahja, Kak Mie, Kak Faridah, Aunty Haliza, Aunty Zahrah, Kak Sir, Aunty Sabariah, Wakil Kedutaan Malaysia; Encik Jeffri dan Dr Shafie.

Kami sangat terhutang budi dengan kalian semua!

Sumber : FB Ahmad Safiuddin