Sekumpulan Doktor Panik Setelah menjumpai Binatang Jijik Ini Ketika Melakukan Pembendahan Membuang Tumor

HA GIANG, Vietnam – Sekumpulan doktor menemui seekor lintah hidup di dalam kerongkong seorang wanita ketika melakukan pembedahan untuk membuang tumor pada bahagian tekaknya.

Menurut laporan, lintah sepanjang 5 sentimeter itu dipercayai hidup di dalam kerongkong pesakit berumur 63 tahun itu sejak tiga bulan lalu.

Pesakit berkenaan tidak sedar kehadiran lintah itu di dalam kerongkongnya. Doktor percaya haiwan itu memasuki ke dalam badan wanita berkenaan ketika dia mandi di sebuah kawasan mata air.

Satu rakaman video menunjukkan doktor berjaya menarik keluar lintah yang masih hidup itu dari kerongkong pesakit sebelum diletakkan di atas dulang pembedahan.

Doktor menyatakan jika lintah itu gagal dikesan segera, ia boleh menyerang bahagian sinus pesakit. – Agensi

Lintah Besar

Seorang wanita Vietnam yang masuk dalam bilik bedah untuk pembedahan tumor di kerongkongnya baru-baru ini mengejutkan pakar bedah. Penduduk berusia 63 tahun dari wilayah Ha Giang pertama kali berjumpa doktor mengadu sakit kepala dan sentiasa demam berminggu-minggu. Pemeriksaan kesihatan kemudian dilakukan dan dok mendiagnos wanita itu ada tumor di kerongkongnya. Pembedahan untuk mengeluarkan tumor tersebut dilakukan dengan segera. Tetapi sebelum pembedahan dibuat oleh pakar bedah, doktor terkejut kerana terdapat sesuatu seperti parasit antara hidung dan kerongkong. Sebelum prosedur pembedahan dilakukan, doktor membuat keputusan untuk menghapuskan parasit tersebut dahulu dengan menggunakan penyedut darah. Kemudian apa yang keluar, amat mengejutkan. Lihatlah video.

Posted by Malaysiaku Bertuah on Saturday, 12 January 2019

 

Lintah gemuk selepas 10 hari dalam hidung

BAYANGKAN ada sesuatu terperangkap dalam hidung anda, tentu sekali tidak selesa kan?

Bagi seorang lelaki berusia 51 tahun ini, dia terpaksa berdepan detik menyakitkan apabila lintah didapati ‘mendiami’ hidungnya selama 10 hari.

Ketika ke hospital, dia tidak tahu apa sebenarnya yang ada dalam hidungnya, kecuali isterinya melihat sesuatu ‘menjenguk’ dari lubang hidungnya itu.

Susulan itu, Dr Liu Xiongguang dari Hospital Beihai People’s di selatan China berusaha melakukan prosedur bagi mengeluarkan parasit itu.

Jururawat yang membantu doktor berkenaan untuk mengeluarkan lintah itu hampir pengsan melihatnya.

Masih tidak diketahui bagaimana lintah itu boleh masuk ke hidung lelaki itu.

Lelaki itu percaya ia berlaku ketika dia berenang di sungai.

Saiz lintah itu yang berlipat ganda ketika ditarik keluar dipercayai kerana ia telah berkali-kali menghisap darah lelaki itu. -Metro.uk.co

Sumber: mstar