“Sekiranya Awak Tanak Teruskan Pertunangan Kita Cakap Awal2 ..” – Komen Individu Ini Membuatkan Heliza Helmi Buat Laporan!

Penyanyi Heliza Helmi telah memuat naik sekeping foto di akaun Instagram (IG) menerusi sebuah entri.

Foto tersebut menunjukkan Heliza sedang menziarahi seorang ustaz, Rusydi Al-Jauhari di hospital di samping memohon kepada semua pihak untuk mendoakan kesembuhannya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut  mendoakan semoga ustaz tersebut cepat kembali sembuh.

Namun, apa yang lebih menarik adalah kelihatan seorang netizen memperkenalkan dirinya sebagai tunang kepada Heliza.

Individu yang dikenali dengan nama Muhd Safizal itu mendakwwa anak perempuannya, Puteri berada di bawah jagaan Heliza.

Heliza tidak berdiam diri malah terus membalas komen tersebut dengan mengatakan akan membuat laporan polis kerana ia sudah keterlaluan. Jelas menunjukkan ianya maklumat tidak benar!

Rata-rata pengikut Heliza turut tidak berpuas hati dengan individu tersebut malah membuat laporan kepada pihak IG.

Heliza merupakan salah seorang rakyat Malaysia yang terlibat secara aktif melakukan program kebajika & membantu mangs4 perrang di Syria menerusi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia.

Sumber : Astrogmpak