“Sekali Dipakai Jangan Pernah Ragu, Jangan Dibuka Jangan Keliru!” – Puisi Sayu Uyaina Arshad, Juara Puteri Muslimah Yang Meruntun Hati.

Selendang, bawal, awning, half moon dan instant shawl… semua itu antara jenis tudung yang menjadi pilihan para hijabi. Tidak kiralah apa juga jenis yang digayakan, tujuannya tetap satu iaitu untuk menutup aurat seorang wanita muslimah daripada pandangan bukan mahram.

Uyaina Juara Puteri Muslimah Asia 2018

Selaku wanita muslimah dan selebriti berhijab yang dikenali masyarakat, Uyaina Arshad punya pandangan tersendiri tentang pemakaian hijab.

Tidak bermaksud bait-bait pantun nukilannya ditujukan kepada segelintir pihak… Nona percaya apa yang dikongsikan wanita cantik ini adalah sebagai peringatan buat diri tentang betapa tingginya martabat bergelar seorang wanita.

“Ada apa dengan sehelai kain?

Yang digunakan untuk menutupi mahkota,

Kerna letaknya di kepala,

Darjatnya juga harus tinggi bertahta,”

 

“Indahnya wanita bertutup,

Disulami akhlak yang manis,

Dalam Quran sudah temaktub,

Memuliakan peribadi si gadis,”

 

“Sekali dipakai, jangan pernah ragu,

Jangan dibuka, jangan keliru,

Indahnya wajahmu, seindah tudung yang membaluti rambutmu,

Muliakan ia, dan ia akan memuliakan kamu.”

Uyaina atau nama sebenarnya Shaidatul Naseha Uyaina Arshad mula menngasah bakat pengacaraan pada tahun 2015 dan merupakan graduan Undang-Undang dari Universiti Malaya (UM). Meniti usia 27 tahun, Uyaina yang berasal dari Perak ini juga merupakan Juara Puteri Muslimah Asia 2018 yang berjaya menewaskan gadis-gadis muslimah berbakat dan berilmu dari Indonesia, Turki, Singapura, Brunei dan Timur Leste.

Selain petah berbicara, kerjaya seni Uyaina juga semakin berkembang sejak memenangi pertandingan yang berlangsung di Indonesia itu, tahun lalu.

Memandangkan popularitinya yang kian meningkat naik di sana, Uyaina turut mendapat tawaran menjadi pengacara bagi program televisyen di Indonesia… menjadikan dia sebaris dengan pengacara popular di negara jiran tersebut.

Di Malaysia, nama Uyaina tidak kurang hebatnya dan semakin mekar bergelar pengacara dan pelakon. Terbaru, dia turut terlibat membintangi sebuah drama popular dan bakat lakonan Uyaina nyata tidak menghampakan dan mendapat pujian ramai.

Semoga kejayaan dan penampilan sopan Uyaina terus menjadi inspirasi kaum wanita sama ada di dalam dan luar negara.

Biodata Uyaina Arshad, Pengacara Cantik Nona

Menjuarai Pertandingan Pencarian Nona Manis membuka lembaran baru buat gadis bernama Uyaina Arshad dalam menceburi dunia penyiaran. Ternyata pilihannya untuk menyertai program itu membawa tuah buat anak kelahiran Perak ini bergelar personaliti TV3.

Mengendalikan rancangan Nona dan Wanita Hari Ini, figura cantik ini semakin petah berbicara dan matang apabila beraksi di depan lensa kamera. Jom kita berkenalan dengan pengacara muda ini.

  • Biodata Uyaina Arshad
  • Nama Penuh: Shaidatul Naseha Uyaina Arshad
  • Nama Komersil: Uyaina Arshad
  • Tarikh Lahir: 1992
  • Umur: 27 Tahun (2019)
  • Asal: Kuala Kangsar, Perak
  • Keluarga: Anak bongsu dari empat adik-beradik
  • Kerjaya: Pengacara dan Model Muslimah
  • Agama: Islam
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Host TV: Nona dan Wanita Hari Ini
  • Facebook: facebook.com/UyainaArshad.Official
  • Twitter: twitter.com/UyainaArshad
  • Instagram: instagram.com/uyainaarshad
  • Trivia Menarik Uyaina Arshad
  • Merupakan graduan Undang-Undang dari Universiti Malaya (UM).
  • Aktif berlakon teater ketika menuntut di menara gading.

Ingin melebarkan kariernya sebagai seorang pelakon jika ada tawaran menarik. Jika tidak menceburi bidang penyiaran, Uyaina akan terlibat dengan dunia undang-undang seperti peguam. Mula mengendalikan rancangan Nona sejak 2016 menggantikan pengacara sebelum ini iaitu Fauziah Gous.

Pengacara Wanita Hari Ini (WHI), Naseha Uyaina Arshad menyifatkan, kejayaan merangkul gelaran Puteri Muslimah Asia 2018 sebagai pemangkin untuk mengangkat martabat wanita Islam di mata masyarakat.

Pada pertandingan anjuran stesen TV Indosiar di Jakarta, Indonesia, malam tadi, Uyaina, 27, mengetepikan cabaran daripada 17 peserta lain untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, selain tiara dan trofi.

“Kemenangan ini cukup manis dan bermakna dalam hidup saya. Diangkat sebagai Puteri Muslimah Asia 2018, pastinya saya memikul tanggungjawab untuk mengangkat martabat wanita Islam supaya menjadi pemangkin kepada masyarakat,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber:  Nona / Azhan.co / BH via Express Viral