Sejurus Malaysia Berjaya Tudukkan Thailand, Ini Kata2 Ringkas Tapi Mendalam Dari TMJ

 

KEJAYAAN Malaysia mengikat Thailand 2-2 dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Rajamangala, Bangkok, semalam sekali gus mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 dirai seluruh negara.

Malah, golongan ternama turut mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya yang dikongsi di media sosial masing-masing.

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim antara terawal mengucapkan tahniah kepada pasukan negara yang layak ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018, di laman sosial Twitter baginda.
“Congratulations to the National Team for making the finals of AFF Suzuki Cup,” memetik Twitter baginda.

Manakala, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak ketinggalan mengucapkan tahniah di laman Twitter dan Instagram (IG) beliau.

“Setinggi tahniah kepada pasukan #HarimauMalaya berjaya mara ke pentas akhir AFF Suzuki,” katanya.

Sementara, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bukan saja mengucapkan tahniah kepada pasukan negara, tetapi turut menyeru seluruh rakyat membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil di IG beliau.

“Alhamdulillah dan tahniah kepada Harimau Malaya yang bakal mengaum di final Piala AFF Suzuki 2018. Sama-sama kita banjiri Stadium Nasional Bukit Jalil dengan semangat Negaraku!” katanya.

Dengan menggunakan peraturan gol di tempat lawan, skuad negara mempunyai sedikit kelebihan selaku pasukan pelawat dan hanya memerlukan keputusan seri sekurang-kurangnya 1-1 untuk mengesahkan tiket ke final.

Perlawanan terikat 2-2 dan mengheret pasukan Thailand membuat sepakan penalti apabila pemain Syahmi Safari menampan bola menggunakan tangan menghadiahkan sepakan penalti buat Thailand. Malangnya, sepakan dari pemain nombor 9, Adisak gagal menyempurnakan penalti sekali gus melayakkan pasukan Harimau Malaya menempah tiket ke perlawanan akhir bertemu sama ada pasukan Filipina atau Vietnam.

Ini Komen Padu Dari TMJ Tentang Pasukan Malaysia

@HRHJohorII Yyyyaaaaarrrghghhhhhhh… Who put TCH there, OKS in under23, and Bojan in under19. All did extremely well. Claim hangman tank claim.. haha.. Congrats Malaysia and FAM. Love, TMJ

Lihat Apa Komen Netizen Dari Komen TMJ Tentang Pasukan Malaysia Malam Ini

VIDEO:  Adisak Kraisorn, striker Thailand yang gagal menyempurnakan sepakan penalti, buat Malaysia layak ke Final Piala AFF Suzuki

Adisak Kraisorn, striker Thailand yang gagal menyempurnakan sepakan penalti, buat Malaysia layak ke Final Piala AFF Suzuki

Posted by Bujang Lapok on Wednesday, December 5, 2018

sumber: klviral, hmetro