“Saya buat ini semua kerana tercabar dengan suami dan orang di sekeliling.”-Sesuatu telah berlaku dengan Rumah tangga Mia, Izham

 

KUALA LUMPUR: Entri di laman sosial yang antara lain membawa maksud Allah meletakkan seseorang dalam hidup ini bersebab dan menyingkirkannya untuk alasan yang lebih baik menyebabkan nama Mia Ahmad hangat diperkatakan, sejak dua hari lalu.

Tidak cukup itu, tindakan bintang Hati Perempuan itu memadamkan semua foto suami tersayang, Mohd Izham Tarmizi Roslan memberi bayangan seolah-olah rumah tangga mereka bagai ‘telur di hujung tanduk’.

BH Online mendapatkan Mia dan suaminya yang juga penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT) untuk mendapatkan kepastian.

 

Tenang berdepan cerita panas, Mia memberitahu, tindakannya itu berlandaskan alasan kukuh.

“Saya buat ini semua bukan kerana mahu meraih perhatian. Saya buat kerana tercabar dengan suami dan orang di sekeliling.

“Ditambah dengan keadaan saya yang masih berpantang, emosi saya jadi tak stabil. Jadi, orang luar nak hukum itu atau ini… Terpulanglah.

“Selama ini, saya terbuka berkongsi hal peribadi termasuk kehidupan. Tak semua indah, pasti ada turun naik. Mungkin juga semua ini bahagian dan ujian dalam hidup saya,” katanya.

Ditanya apakah perkembangan terbaru ini bakal mengundang perkara tidak diingini, Mia tidak mampu menjangka lebih jauh.

“Apa jadi selepas ini, saya reda,” katanya.

Sementara itu, Izham yang berada di sisi Mia ketika dihubungi, mendakwa apa yang berlaku ada kaitan dengan cubaan sepasang kekasih yang dikatakan mahu memporak-perandakan rumah tangga mereka.

 

“Perkara ini terjadi sejak tiga minggu lalu. Saya kurang pasti apa motif mereka. Malah, lelaki terbabit seolah-olah mahu cakap saya ada hubungan dengan kekasihnya.

“Malah lelaki berkenaan menghubungi Mia memaklumkan saya ada hubungan dengan teman wanitanya,” dakwanya.

Tambah Izham, ketika ini, dia tidak teragak-agak membuat laporan polis terhadap pasangan itu.

“Apa yang pasti saya masih sayangkan Mia dan anak kami. Saya nak selamatkan rumah tangga ini. Saya nak jelaskan kepada Mia terutamanya mengenai perkara betul dan orang luar yang berprasangka buruk terhadap diri ini.

“Selain berfikir untuk membawa hal ini kepada polis, saya merujuk dengan mereka yang berpengalaman. Cuma saya tak boleh terburu-buru bertindak.

“Ketika ini siasatan terperinci sedang dibuat,” katanya.

Izham dan Mia dikurniakan cahaya mata lelaki, Sayf Issa pada 28 September lalu.

Mia atau nama sebenarnya, Shamiha Ahmad Baderi dan Izham, 27, berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak, selepas setahun berkenalan.

Sumber: BH

VIDEO:

Sungguh mengusik jiwa betul dengar ayat-ayat Mia Ahmad ni.Cinta jangan dikejar,Nanti dia lari,Cinta jangan dipendam,Nanti dia padam,Cinta usah ditunggu,Nanti dia takkan datang,Tapi cinta kalau datang dari hati,Ia takkan padam,Ia takkan lari,Malah ia akan datang dengan sendiri..Mesti @izhamtarmizi cair dengan kata2 dari Mia Ahmad ni kan..semoga ikatan perkahwinan mereka kekal hingga ke jannah :)IG: mia.ahm4d#artis #mhonline #mediahiburan

Posted by MEDIA HIBURAN on Tuesday, 17 January 2017