Sajat Naik Angin Bila Ada Orang Datang Sekat Rezeki Pekerja Dia. Punca mengapa mereka bertindak begitu berjaya dikenal pasti

 

Satu acara yang memang tidak asing lagi dan selalunya akan penuh dengan kontroversi iaitu Mood Republik akan berlangsung di Perak pada 29 dan 30hb September 2018.

Acara Mood Republik ini terkenal dengan satu perkara iaitu mencampak wang wang ringgit kepada orang ramai.

Ini Salah Satu Acara Mood Republik yang dikatakan berada di Melaka

Reformis Muda Perak Akan Berhimpun Bantah

Tetapi kali ini acara mood republik mempromosikan 3 nama ahli perniagaan yang semakin meningkat naik nama mereka tetapi bukan kerana perniagaan tetapi kontroversi. Sajat, Safiey Ilias dan Dato Aliff Syukri.

Kumpulan yang menamakan diri mereka ‘Reformis Muda Perak (RMP)’ hari ini mengeluarkan kenyataan akan berhimpun menyatakan bantahan terhadap program MOOD Republik yang mempromosi budaya lesbian, gay, biseksual, transeksual (LGBT) di Meru Raya.

Program MOOD Republik yang akan berlangsung dari 29 hingga 30 September itu bakal menampilkan ikon LGBT, Nur Sajat. Dikhabarkan sebanyak RM10,000 wang tunai disediakan untuk cabutan bertuah dalam program tersebut. Ia dilihat seolah-olah menggalakkan aktiviti LGBT di kalangan masyarakat di sini.

Presiden RMP, Roslan Ali berkata RMP menyatakan bantahan kerana tidak mahu program LGBT memberi kesan buruk kepada rakyat negeri ini.

“Tiada tempat IKON LGBT dalam promosi di Negeri Perak.

“Kami mahukan program tazkirah dan majlis ilmu diadakan di Perak, bukan program yang menempah malapetaka untuk rakyat tanpa mengira bangsa,” katanya.

Perhimpunan secara aman untuk menyatakan bantahan terhadap program itu akan diadakan di hadapan Hotel Casuarina@Meru pada pukul 10 pagi ini. Menurutnya, ia sebagai mesej bahawa rakyat Perak menolak ikon LGBT dari mendapat promosi di negeri ini.

Selain RMP, Pemuda Amanah Tapah turut menyatakan bantahan mereka terhadap program tersebut kelmarin. Beberapa pertubuhan bukan kerajaan juga turut sama menyatakan bantahan. Antaranya ialah Majlis Ayahanda-Ayahanda Perak (Maap) dan Persatuan Peniaga Keretapi Tanah Melayu. SUMBER : Independant

SAJAT TIDAK PUAS HATI

Sajat memuat naik satu posting tidak puas hati kerana pihak yang dikatakan NGO telah menggangu perniagaan dia.

Ini lah name nya MELAYU BUNUH BANGSA MELAYU SENDIRI… kesian pada stokis sajat kak @rozbylita_stokisnursajatipoh ,nak berniaga,nak mencari rezeki halal,korang boleh pergi ke booth,korang buat kacau dan huru hara.. macam tak ada adab..ini ker contoh yang boleh di AMBIL PADA NGO YANG BUAT SERBUAN INI!!

.

apa yang korang nak yer?? Korang tu setakat NGO YANG TAK ADA HAK DAN KUASA!!!negara kita ini ada undang undang!!!kenapa perlu membuat kekecohan??Membuat huru hara tempat orang nak berniaga.. kesian akak ita tu kena tanggung kerugian(sewa booth,decoration,staf part time dan macam macam lagi lah)selama ini,di moodrepublik,saya akan bagi BOOTH saya kepada stokis2 saya untuk belajar bagaimana berniaga secara offline..tak sangka sampai macam tu NGO INI BUAT RUSUHAN.

.

Macam mana melayu nak maju!!kalau bangsa sendiri nak jatuhkan antara satu sama lain..saya dah join moodrepublik dari tahun 2016 lagi.. semua booth2 kami,berikan pada stokis!!! Saya nak tanya??? APA SUMBANGAN NGO KERETA API TANAH MELAYU BERIKAN KEPADA PENIAGA DI LUAR SANA???saling hormati itu lebih penting dari korang nak tunjuk hebat tempat orang nak mencari rezeki yang halal.. akak tu nak cari rezeki.. berniaga!!! Bukan nya dia buat maksiat!

.

Saya harap pihak berwajib boleh fikirkan hal ini!!! Kerana saya sebagai perniaga bumi putra,telah banyak menyumbangkan pendapatan pada ekonomi negara,dan sambil memberi peluang perkerjaan kepada mereka yang mermelukan dan banyak membantu suri suri rumah dan ibu tunggal menjana pendapatan sendiri untuk ekonomi mereka.. Dan tolong jangan nak jadi samseng bully kepada perniaga seperti stokis2 saya… kerana mereka hanya berniaga sahaja!

BUKTI STOKIS SAJAT DIGANGGU

VIDEO SAJAT TIDAK PUAS HATI

By: KL VIRAL