Sah! Jutawan Islam Syed Mokhtar Al-Bukhary beli akhbar Utusan Malaysia, dijangka bakal beroperasi semula

Selepas menamatkan cetakkannya pada minggu lepas, berkemungkinan besar akhbar tertua negara, Utusan Malaysia bakal beroperasi semula.

Hal ini berikutan satu kenyataan yang diperoleh daripada Berita Harian Singapura yang mana jutawan negara Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary tela membeli syarikat tersebut.

Langkah yang dibuat adalah bertujuan bagi memastikan akhbar tersebut kekal dicetak seperti sedia kala. Menerusi laporan tersebut juga, inisiatif yang di ambil Tan Sri Syeg Mokhtar adalah sebagai langkah sokongan untuk mengekalkan sektor pengiklanan, percetakkan akhbar tersebut terus berkembang.

Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu (M) Bhd, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata, Utusan Malaysia akan diteruskan oleh syarikat baru itu.

“Utusan akan kekal hidup kami bubarkan syarikat induk tetapi pemilikkan lesen percetakan diperolehi oleh Aurora Mulia dan mereka akan melancarkan penerbitan baru.”

Aurora Mulia adalah syarikat yang dikaitkan dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Namun tidak banyak diketahui mengenai syarikat tersebut selain anak beliau iaitu Syed Danial merupakan salah seorang pengarah syarikat itu.

Pelaburan ini dilihat sebagai langkah sokongan Tan Sri Mokhtar bagi memastikan sektor pengiklanan, pengedaran serta percetakan Utusan Malaysia dapat terus kekal.

Anak syarikat Utusan Melayu (M) Berhad (UTUSAN), Dilof Sdn Bhd (Dilof) telah dinamakan semula sebagai Media Mulia Sdn Bhd.

Penukaran nama itu dilakukan selepas Utusan Melayu menjual sebanyak 70 peratus kepentingan Dilof kepada Aurora Mulia Sdn Bhd (Aurora Mulia).

Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu (M) Bhd, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata, Utusan Malaysia akan diteruskan oleh syarikat baru itu.

“Utusan akan terus hidup. Kami membubarkan syarikat induk tetapi pemilikan lesen percetakan (telah) diperolehi oleh Aurora Mulia dan mereka akan melancarkan penerbitan (baru) dalam masa terdekat,” katanya.

Aurora Mulia Sdn Bhd adalah sebuah firma yang dikaitkan dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, telah memperoleh kepentingan pegangan 70 peratus dalam Dilof iaitu syarikat induk yang memegang lesen percetakan Utusan.

Terdahulu, Utusan telah memulakan pembubaran dengan memperlihatkan para pekerjanya mengemas barangan dan keluar daripada bangunan tersebut apabila pihak syarikat tidak mampu membayar hutang dan gaji pekerja selama beberapa bulan.

Sumber : Berita Harian Singapura