Sah Itu Nora Anne, kata keluarga

KELUARGA mengesahkan mayat wanita ditemui di kawasan hutan di Pantai, Seremban, tengah hari ini, adalah Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang sejak 4 Ogos lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, pengesahan itu diperoleh selepas keluarga membuat pengecaman mayat di Unit Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).

“Keluarga dibawa untuk pengecaman mayyat dan mereka mengesahkan mayat itu adalah Nora Anne.

“Proses beddah siassat akan dijalankan oleh Senior Patologi dari Hospital Kuala Lumpur pada 10 pagi esok,” katanya pada sidang media di Unit Forrensik HTJS, malam ini.

Bagaimanapun, Mohamad berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi manggsa dilaporkan hilang masih diteruskan sehingga keputusan beddah siassat diperoleh.

“Operasi SAR tidak berhenti lagi untuk kita jalankan siassatan lanjut. Kita tunggu keputusan bedah siasat,” katanya.

Terdahulu, ahli keluarga remaja itu dilihat hadir di Unit Forrensik HTJS untuk membuat proses pengeecaman, pada 8.40 malam.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh serta Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri, Nicole Tan Lee Koon.

Mayyat Nora Anne ditemui di Gunung Berembun berhampiran sebuah resort di Pantai, Seremban, 1.57 petang hari ini.

Mayyat berkenaan ditemui sekumpulan pendaki yang turut menyertai operasi SAR berkenaan.

Mayyat ditemui di kawasan Iurah kira-kira 2.5 kilometer dari resort tempat remaja itu menginap. Ketika ditemui, mayyat tidak berpakaian berhampiran anak sungai.

Kawasan mayyat berkenaan ditemui termasuk dalam liputan kawasan pencarian pasukan SAR sebelum ini.

Nora Anne disedari hilang dari bilik penginapannya di sebuah resort di Pantai, Seremban oleh keluarganya pada 8 pagi, 4 Ogos lalu.

Remaja orang kurang upaya (OKU) yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarganya di Malaysia pada 3 Ogos untuk percutian dua minggu di negara ini.

Sumber : Harian Metro