‘Rider’ Foodpanda bawa anak keciI hantar makanan membuatkan orang ramai sebak

Kerjaya sebagai penghantar makanan bukanlah asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Umum sedia tahu bahawa syarikat-syarikat tersebut membantu ramai rakyat Malaysia memudahkan urusan pembelian makanan tanpa perlu meredah sessaknya jalan raya.

Namun begitu, kita mungkin terlupa tentang pengorbanan sesetengah penghantar makanan yang berhujan dan panas bagi memastikan tugas mereka dapat dilaksanakan.

Menyentuh tentang perkara itu, seorang pengguna Twitter dikenali sebagai eejad telah berkongsi satu gambar penghantar makanan yang agak menyentuh hati.

Gambar yang dimuat naik oleh eejad itu telah disertakan sekali dengan kapsyen mendoakan agar penghantar makanan tersebut sentiasa dimurahkan rezeki.

Menerusi posting yang dibuat, seorang kanak-kanak dilihat duduk di bahagian bakul motosikal yang agak uzzur itu sambil di bahagian belakang motosikal tersebut terdapat satu beg menyimpan makanan.

Rata-rata netizen yang melihat perkongsian tersebut telah menzahirkan rasa sedih dan berharap agar urusan lelaki itu dipermudahkan kerana kelihatan dia benar-benar berusaha mencari rezeki untuk ahli keluarganya

Sumber : ohMedia