Rakan terbayang lambaian terakhir arwah Siti Masitah. Ibu merayu, berlutut depan suspek

Rakan arwah Masitah,Riduan Ibrahim masih lagi teringat lambaian Masitah ketika terserempak dengannya di hadapan Sekolah pada hari yang sama arwah dilaporkan hilang, dia kelihatan seperti biasa sahaja.

“Ketika itu dia membonceng motosikal berwarna kuning hitam ditunggang seorang lelaki bernama Assom menghala ke jalan besar,” kata rakan arwah, Riduan Ibrahim, 12.

Dia baru pulang dari menjalani latihan bola tampar di sekolah & melihat 1 motosikal ditunggang dengan laju melalui jalan sama.

“Saya tahu Masitah yang membonceng motosikal itu berdasarkan baju berwarna biru dipakainya..saya tak dapat melihat wajah Masitah kerana dia guna topi keledar yang menutup mukanya.

.

“Saya terkejut apabila tahu Masitah hilang pada malam itu, sebagai rakan saya turut bersedih di atas kejadian menimpanya,” katanya.

Riduan berkata, walaupun agak pendiam tetapi Siti Masitah seorang rakan baik serta rajin. Dia dan Masitah bersama-sama mengikuti kelas Fardhu Ain di Madrasah Islamiah di Kampung Kemahang, Tanjung Medang, di Pekan.

Lebih memilukan kepala mangsa didapati terpisah dari badannya manakala beberapa organ dalamannya.

Sementara itu, seorang guru di madrasah itu, Mohd Salleh Ibrahim, 29, berkata anak ketiga daripada empat beradik itu sentiasa memberikan tumpuan sepenuhnya ketika belajar dan tidak pernah ponteng sekolah.

“Masitah selalu sampai ke kelas lebih awal dan mendengar kata, dia seorang murid yang baik.

.

“Saya sedih dengan kejadian menimpanya dan berharap keadilan dapat ditegakkan,” katanya pilu

Ibu beliau masih terkenang saat menangis meminta Assom memulangkan Masitah, malah dia terus berlutut dan merayu kepada suspek, namun suspek berkeras dengan mengatakan dia tidak tahu.

“Kami sememangnya kenal suspek kerana dia pernah tinggal di kawasan kejiranan ini namun difahamkan sudah berpindah dua tahun lalu,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga mangsa di Pekan, hari ini.

Sumber : Hmetro