Rakaman Suara Boy Iman Kantoikan Diri Sendiri. Mengaku Selama Ini Main Wayang Semata-mata..

SATU rakaman suara dipercayai milik Datuk Boy Iman, bekas pelakon yang sedang hangat diperkatakan kerana didakwa menipu orang ramai berkaitan skim rumah murah tersebar di media sosial.

Dalam rakaman itu jelas Datuk Boy Iman yang dipercayai sedang berkomunikasi dengan rakan-rakannya, mengaku bahawa beliau sengaja main wayang yang digelarnya sendiri sebagai “Wayang Pacak”.

Dia juga turut mengakui merancang segala-galanya termasuk mengadakan majlis solat hajat dan mengarahkan Puan Anggun membeli gelaran “datuk”.

Di bawah ini rakaman suara yang dimaksudkan.

Di bawah ini pula transkrip kata-kata tersebut.


Transkrip Wayang Pacak

Kita tak boleh cakap tentang aku bagus, aku politik, aku boleh bawa polis ambil kau dekat ‘airport’, nak iring, bayar, bukan itu, Itu semua hanyalah game, gimik, saya dah buat gimik ni dah lama dah, kan?

Saya panggil menteri, Tan Sri Noh Omar datang, kan? Tapi apa sebab saya panggil Tan Sri Noh Omar datang? Saya nak ‘scene’, ‘scene’ kita nak ‘scene’ kan? Kita kena ingat, DBI Properties adalah marketing company.

Saya datangnya daripada Alfafa, saya adalah CEO marketing company, tanya Pejal macam mana saya boleh buat 4 bulan 10 juta? Pasal saya wayang kuat.

Saya kuat main taktik dan teknik, dalam marketing kita kena ada strategi, kita kena ada taktik dengan teknik. Sebab itu saya melawan dengan orang, berlawan dengan apa-apa fitnah, melawan apa-apa saya main taktik teknik, kan?

Hari ini dia buat macam tu dengan aku, Okay tak apa kita panggil semua kita buat ‘explanation’ kita dah ada dah rangka kita, kan?

Kita panggil macam mana nak tangani, krisis okay Hari ini kita buat, okay Khamis malam Jumaat kita buat sembahyang hajat, kita minta dengan tuhan, kita minta dengan Allah, kan?

Kita buat sembahyang hajat, besoknya kita buat, dua hari aaa, dua hari aaa, Khamis malam Jumaat kita buat sembahyang hajat, hari ni kita buat meeting apa tu, kita buat kursus asas trader, tengok 40 orang datang, kan?

Hari ini juga surat khabar datang, kenapa benda ni semua ada? Sebab saya plan, saya plan, saya cakap dengan Puan Anggun, Puan Anggun you kena ambil datuk, you kena beli datuk, pasal I plan, I plan semua benda, semuanya I main wayang, ini semua wayang tersusun, wayang pacak nama dia.

Ha untuk apa untuk syarikat, untuk kita, untuk kita terus sama-sama maju, bukan kita nak membunuh membunuh membunuh, sama-sama membunuh.

Zaini buat kerja satu rumah ada masalah, problem kan? Bukannya datang pergi cerita dengan orang, bukannya viral buat satu group lain, adakah itu satu cara yang betul? Kan?

Itu bunuh Melayu namanya, kau datanglah cerita baik-baik, kan? Saya punya magik lagi best, datang hari ni tiang tak ada eh? Saya cakap budak-budak eh, saya cakap dengan budak-budak, saya cakap dengan Zaini, saya cakap dengan Zamil, sekarang ni, dia cakap tiang tak ada, kan?

Itulah kita buat kerja engineering, okay aku nak settle kan, sekejap dah hilang dah, kan? Besoknya bila datang, Boy aku hairanlah, ada tiang pulak kat dalam…

Sumber: Milo Suam