“Pertama kali cuba pakaikan tudung,Tak Sangka Ainul.. ” – Ibu

Walaupun telah menjalani pembeddahan akibat ketumbvhan kansser Germ Cell Tum0r pada Mei lalu, ramai ternanti-nanti perkembangan terbaru mengenai Ainul Mardhiah.

Setiap posting yang dikongsi oleh bapa, Ahmad Safiuddin dan ibunya Nurul Erwani Zaidi di laman media sosial pasti menjadi perhatian warga siber.

Terbaru, Ahmad Safiuddin memuat naik beberapa keping gambar bayi berusia 14 bulan itu yang kelihatan comel memakai tudung berwarna ‘peach’.

“Ada hamba Allah SWT beri hadiah tudung kepada Ainul. Cuba pakaikan Ainul, terasa macam muka Walid (bapa) versi perempuan pulak,” katanya.

Bagi Nurul Erwani pula, dia teruja menerima bungkusan hadiah tersebut malah itu juga merupakan cubaan pertama kali memakaikan tudung untuk anaknya.

“Waktu buka parcel tadi terkejut tengok ada tudung untuk Ainul. Terus teruja nak pakaikan pada Ainul.

Pertama kali cuba pakaikan tudung untuk Ainul. Ainul pun selesa je pakai,” katanya.

Rata-rata netizen memuji kecomelan Ainul dan mengucapkan syukur setelah bayi berkenaan nampak semakin membessar dengan sihat.

Sumber : Ahmad Safiuddin , Nurul Erwani