Persandingan Dulu Penuh Kepiluan, Fazley Mahu Naik Pelamin Lagi

Pendedahan itu menarik perhatian ramai. Ada yang bersimpati dan tak kurang juga yang mengecamnya kerana perbuatan itu dianggap sebagai anak derhaka.

Tidak lama kemudian isu itu menjadi ‘sejuk’ dan Fazley kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Namun, kelmarin Fazley menarik perhatian semula apabila bercadang mahu bersanding kembali selepas 13 tahun mendirikan rumah tangga.

Hasratnya itu disampaikan kepada isteri, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz. Malah, Fazley turut berkongsi hasratnya itu di Instagram.

Menurut Fazley, hasratnya itu tercetus berikutan terlalu banyak kisah pilu dan menyedihkan yang terjadi ketika usaha mereka untuk membina masjid tidak lama dulu itu.

“Mungkin kami tak ingat kerana terlalu banyak kisah pilu, tekanan, ketakutan dan halangan demi halangan untuk kami bersanding.

“Dari hari pernikahan sehinggalah hari persandingan kami, penuh dengan titisan air mata keperitan dan kepedihan di sebalik usaha kami untuk membina masjid berlandaskan cinta sejati,”tulisnya.

Fazley dan Azrene berkahwin pada 2006 dan perkahwinan itu penuh kontroversi apabila ibu Azreen iaitu Datin Seri Rosmah Mansor tidak merestuinya.

Azrena adalah anak Rosmah, hasil perkahwinan dengan suami terdahulu iaitu Abdul Aziz Nong Chik.

Tambah Fazley lagi, dia mahu persandingan kali ini lebih bebas dan dia boleh menjemput rakan-rakan yang tidak diboleh dijemput ketika itu.

“Saya berseloroh dengan adik sayang saya, saya tanya dia “Adik, jom kita bersanding semula nak? Supaya kali ni kita bebas bersanding dan bolehlah jemput semula semua orang yang tak dapat hadir satu ketika dahulu.

“Tak ada lagi tetamu yang ditoreh kereta kerana menghadiri majlis kita, tidak ada lagi rakan-rakan media yang takut untuk hadir ke majlis kita,” tulisnya.

Fazley dan Azrene dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 9, Ahmad Fieradz Shah, 8, Ahmad Firudz Shah, 6 dan Alayna Selma yang kini berusia tujuh bulan.

Sumber : www.klick.my

 

Strange as it may seem, saya dan azrene dont really remember saat ketika kami bersanding 13 tahun yang lalu. Yang kami ingat ialah, arwah Bapak saya dan Ibu saya siapkan baju bersanding ala Minangkabau yang dibeli khusus di Bukit Tinggi, Padang, Indonesia. Semuanya kerana susur jalur keluarga kami berasal dari sana . Mungkin kami tak ingat kerana terlalu banyak kisah pilu, tekanan, ketakutan dan halangan demi halangan untuk kami bersanding. Dari hari pernikahan sehinggalah hari persandingan kami, penuh dengan titisan air mata keperitan dan kepedihan di sebalik usaha kami untuk membina masjid berlandaskan cinta sejati. . Kisah dan paparan persandingan kami dihalang bulat2, para media langsung tak di benarkan menulis tentang pernikahan dan persandingan kami. Jika ada yang menulis, mereka di buang kerja atau dipindahkan jabatan. Kesian rakan2 media… . Oh well, itu kisah lama kami.. saya berseloroh dengan adik sayang saya, saya tanya dia “Adik, jom kita bersanding semula nak? Supaya kali ni kita bebas bersanding dan bolehlah jemput semula semua orang yang tak dapat hadir satu ketika dahulu. Tak ada lagi tetamu2 kita yang ditoreh kereta kerana menghadiri majlis kita, tidak ada lagi rakan2 media yang takut untuk hadir ke majlis kita..” . Azrene menjawab tersipu malu, “ Ala Abang sayang, seganlah adik.. kita dah tua tau!” @azrene_ahmad . Hahaha saya rasa ok je.. korang rasa ok tak kalau kami bersanding sekali lagi? 🤣 #Berangan #TeringinNakBersandingSemula #TapiMasihDenganIsteriYangSamaOk

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

 

Happy Mothers day buat semua yang bergelar Ibu, Umi, Mama, Mommy, Emak! Selamat Hari Ibu buat 3 insan yang bergelar ibu ini: Ibu saya, Ibu kepada anak-anak saya dan Ibu mertua saya . Buat ibu tersayang- Terima kasih diatas segala pengorbanan ibu buat Paji dan adik2 serta Azrene dan cucu-cucu ibu selama ini. Ibu terlalu banyak bertahan demi Paji & Azrene dan 9 orang cucu2 kesayangan. Doa keramat seorang ibu sentiasa menjadi pendinding dan keberkatan untuk seorang anak. Paji sayang ibu sangat sangat SANGAT! Selamat Hari Ibu! @rsd.umi . Buat Isteri saya yang juga Ibu kepada 4 orang anak-anak saya- Adik sayang, terima kasih di atas 13 tahun hidup kita yang penuh keindahan walaupun ada kedukaan kita tersendiri. Adik seorang ibu yang serba lengkap buat anak-anak kita, seorang ibu yang terlalu penyayang. 10 kali keguguran bukan sesuatu yang mudah untuk di lalui, namun Adik telah bersabung nyawa untuk 4 orang anak-anak kita @payishpiyashpiyush dan @ellie_alaynaselma . Adik sayang, Abang loves you so very much. Happy Mothers Day! @azrene_ahmad . Buat Ibu mertuaku- Terima kasih juga kerana melahirkan Azrene yang kini menjadi ibu kepada anak-anak saya. Segala usaha yang dilakukan oleh mu untuk membesarkan Azrene tetap dihargai. Doa saya buatmu tak pernah putus sepanjang 13 tahun ini, agar hidupmu diberkati dan diberikan ketenangan. Walau apa pun yang telah berlaku, hubungan anak dan seorang ibu takkan pernah putus. Insyaallah moga kita bertemu jua di satu hari nanti! Happy Mothers Day!

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on