“Pernahkah Anda Berlumba, ke Masjid?”-Bila Zizan Tanya Soalan Kepada Pelumba Negara

 

Program realiti Raja Lawak musim pertama pada 2007 menjadi pembuka langkah kerjaya seni Johan, 34, dan Zizan Razak, 34. Walaupun mereka tewas di tangan Allahyarham Yus Edoo, Zizan muncul sebagai naib juara manakala Johan di tempat ketiga.

Pantasnya masa berlalu, sudah 11 tahun pembabitan aktif dua figura ini dalam bidang komedi tanah air termasuk pernah bergabung sebagai Jozan pada 2009. Ketika itu, mereka diganding bersama sebagai pengacara Jozan Show pada 2009.

Selepas itu pasangan lawak paling popular tanahair ini menyertai Maharaja Lawak 2011 dan muncul naib juara serta 2012 pula menjulang takhta juara Maharaja Lawak Mega (MLM). Ketika itulah Jozan diiktiraf sebagai pasangan duo komedi paling popular.

Namun, sayangnya gandingan Jozan berakhir di MLM 2012 apabila kedua-duanya nekad membawa haluan untuk karier seni masing-masing. Johan sudah lapan tahun selesa bertugas di konti radio Era bermula 2011 manakala Zizan pula aktif mengacara dan berlakon filem.

Kini, selepas enam tahun Jozan ‘menghilang’, kerinduan peminat terhadap gabungan mereka pastinya terubat mulai 24 Julai ini, jam 10 malam di Astro Warna (saluran 132). Menerusi slot baru Lawak Live, program bual bicara Jozan selama sejam akan menemui penonton sebanyak 40 minggu siaran.

Johan dan Zizan ketika ditemui berkata, mereka teruja dan bersyukur kerana akhirnya dapat juga merealisasikan permintaan peminat Jozan. Menurut Johan, sudah lama Jozan ingin digabungkan semula untuk program TV tetapi ia tidak menjadi kenyataan kerana komitmen kerja dia dan Zizan.

“ Saya agak sibuk bertugas di konti radio dan pada masa sama sudah berkeluarga manakala Zizan pula aktif sebagai pelakon. Kekangan masa kami itu membuatkan hasrat peminat untuk menonton Jozan beraksi di TV tidak kesampaian dan tertangguh bertahun-tahun.

“ Jadi, pada 2018 ini nampaknya kami berjaya disatukan semula untuk menghibur dan mengubat rindu peminat Jozan,” katanya.

Setakat hari ini, Jozan 2018 telah pun bersiaran selama 16 minggu. Dalam episod minggu ke 17 ini, antara tetamu jemputan adalah Hafizh Syahrin dan Adam Norrodin iaitu pelumba Moto GP yang baru bersaing dalam kejuaran MotoGP di Sepang dan telah menamatkan perlumbaan di tempat ke 10.

Dalam satu segmen ‘press conference’, seperti biasa tetamu akan berada di depan sementara Zizan dan Johan and the gang bertindak sebagai ‘wartawan’.

Apa yang mencuit hati dalam segmen itu adalah semasa Zizan cuba bertanyakan soalan kepada Hafizh Syahrin.

” Saya dari majalah spoket dan gearbox” kata Zizan, kemudian Johan mencelah, ” Tahu pasal motor lah ni?” tanya Johan.

” Saya memang tahu pasal motor. Saya hidup pun dalam minyak.

” So kita nak tanya, Hafizh Syahrin dan Adam Norrodin. Antara kedua-dua pelumba ni pernah tak berlumba..ke masjid?” soal Zizan

Soalan Zizan itu telah membuatkan hadirin di situ ketawa berdekah-dekah termasuk Johan sendiri yang tak dapat mengawal mukanya ketawa. Hahaha adoii lawak betul Zizan. Sampai Hafizh dan Adam sendiri tergelak dengar soalan itu.

Jom kita lihat video di bawah

Jom baca apa komen netizen

” Lawak gila semalam sampai nak pecah perut sbb gelak.. makan dalam hahahaha Terpaku membisu member.. Hahahaahah.. wat hal la” komen netizen bernama Farisha

” Deepp ooo tobat xleh jawab arr terbaik  hahahahaahhaahahahahahahaha aku pulak yg terkejot keluar soalan tuh padu beb” tulis seorang netizen menggunakan ID Nurinsyirah”

Sumber: IG Viraldulu via newscoviral