Percaya atau tidak ibu ini telah berusia separuh abad? Serius nampak muda

Menjadi idaman setiap wanita untuk kelihatan muda remaja dan tidak berasa sudah berusia. Ramai wanita yang mahu nampak muda, tidak mahu kedutan dan garisan halus hinggap di wajah dan badan.

Untuk menampakkan usia muda, ramai wanita yang mencuba pelbagai produk kecantikan dan ada yang mendapatkan rawatan dan prosedur kosmetik. Tetapi tiada satu bahan dalam produk kecantikan ini yang boleh mengekalkan keremajaan wajah wanita selain diri sendiri mengamalkan kehidupan dan gaya hidup yang sihat.

Seorang wanita bernama Puspa Dewi telah mendapat perhatian netizen apabila baru-baru ini telah menyambut hari kelahirannya yang ke 50. Ramai yang tidak mempercayai bahawa wanita ini telah berusia separuh abad.

Merupakan seorang ibu dan usahawan berjaya yang berasal dari Jakarta, Indonesia, Puspa Dewi telah menghantar fotonya di halaman Instagram dan dengan serta merta telah menjadi selebriti semata-mata kerana wajahnya yang nampak muda remaja.

Berdasarkan post yang dihantar, Puspa Dewi adalah seorang pengusaha perniagaan makanan sihat. Selain itu, beliau bersenam setiap hari untuk memastikan fizikalnya sentiasa sihat dan terjaga dengan baik.

Untuk menjadi seorang yang sentiasa nampak muda, sihat dan tidak berusia bukanlah sesuatu yang mudah. Anda perlu sentiasa bekerja keras, bermotivasi dan berdisiplin dalam persekitaran dengan gaya hidup yang sihat.

Kunci utama ialah pemakanan yang sihat dan seimbang serta sentiasa bersenam untuk mendapatkan bentuk badan yang menawan dan kelihatan muda.

Mari kita lihat foto ‘ibu muda remaja’ ini di bawah dan anda pasti akan terpersona melihat penampilan Puspa Dewi yang mengagumkan ini.

Puspa Dewi baru menyambut hari kelahiran ke 50!

Percayakah anda wanita ini sudah mencapai usia separuh abad?

Usianya seperti 18 tahun

Puspa Dewi boleh disalah anggap sebagai teman wanita anak lelakinya

Rahsia kelihatan muda? Makan makanan yang sihat

Dan bersenam setiap hari

Dan lihat lagi foto-foto di bawah ini.

#1

#2

#3

#4

#5

#6

#7

#8

#9

#10

#11

#12

#13

#14

Kredit foto: Puspa Dewi / Instagram