Pasukan SAR temui mayyat wanita kuIit puteh di kawasan pencarian Nora Anne..

Pasukan SAR menemui mayyat seorang individu di kawasan pencarian remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, di Gunung Berembun berhampiran sebuah resort di Pantai, Seremban, hari ini, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop mengesahkan penemuan mayyat itu pada jam 1.57 tengah hari tadi di mana mayyat yang ditemui itu adalah mayyat wanita berkuIit putiih.

Namun, pihak polis belum dapat mengesahkan lagi identiti mayyat berkenaan dan lokasi penemuan mayyat itu kira-kira dua kilometer dari lokasi remaja itu dilaporkan hilang.

Terdahulu, Nora Anne dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya sejak 4 Ogos lalu selepas mendapati remaja itu tiada di dalam bilik penginapannya di sebuah resort di Pantai.

Difahamkan, remaja 0KU yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarganya di Malaysia pada 3 Ogos untuk bercuti selama dua minggu.

Polis akan mengadakan sidang media berhubung penemuan mayat itu pada petang ini.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih