NORMAN HAKIM & MEMEY SUHAIZA Duta Mahligai Impian

Norman Hakim dan Memey Suhaiza telah dilantik sebagai Duta Mahligai Impian . Mahligai Impian Catering & Events Sdn Bhd merupakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan khusus untuk servis perkahwinan , makanan dan apa jua majlis . Dengan operasi seramai 100 orang kakitangan dan telah mempunyai 5 cawangan di seluruh Malaysia iaitu Sungai Buloh, Seremban 2 , Melaka, Johor Bahru dan Kuantan .

Norman Hakim yang ditemui di sidang media di Royal Chulan . memberitahu wang bukanlah perkara utama ketika beliau dipilih sebagai Duta Mahligai Impian .

“Hubungan kerja bermula apabila isteri saya sebagai ‘talent’ dalam iklan komersil Mahligai Impian dan dari situ kami terus berhubung dan selepas pelbagai perbincangan saya merumuskan model bisnes mereka adalah yang terbaik iaitu dengan membina rumah anak yatim”

“Saya memang taknak letakkan harga , biar mereka (Mahligai Impian) yang meletakkan harga untuk kami menjadi duta . Bagi saya dibelakang mereka adalah lebih besar . Dengan kesungguhan mereka dengan anak yatim dan saya juga ingin menumpang kapal , menumpang pahala ”

Pada 24 September bakal menjadi ulangtahun yang ke 6 buat Norman Hakim dan Memey Suhaiza dan pihak Mahligai Impian akan meraikan duta mereka ini .

Norman menjelaskan sambutan ulangtahun mereka ini bukanlah sesuatu yang klise, yang mana keluarga kedua belah pihak turut akan hadir termasuk anak-anak beliau melalui perkahwinan terdahulu . Dan bagi beliau sambutan ulangtahun ini bagaikan satu perjumpaan keluarga yang besar.

“Bagi saya ini persandingan gimik tapi yang utama ia akan melibatkan keluarga yang besar . Pada saya bukan ulangtahun yang penting tapi pengisiannya dan saya juga nak buat doa selamat untuk anak sulung saya yang telah tamat hafazan 30 juzuk al quran”

Menjelaskan lagi pihak Mahligai Impian juga telah menjemput Abby Abadi dan suami beliau namun belum ada kata putus mengenai kehadiran mereka .

Mahligai Impian yang dibina oleh 2 anak muda iaitu Abu Khamid Al-Ghazali selaku Penagarah urusan dan Muhamad al-Fateh Hafizi selaku Pengarah operasi . Mereka membuka sebuah rumah kebajikkan untuk anak-anak yatim yang dikenali sebagai Pertubuhan Kebajikan Iman & Aman di Sungai buloh sebagai salah satu tanggungjawab mereka kepada masyarakat . malah mereka juga merancang untuk membina sekolah Tahfiz di Merbau Sampak , sempadan dengan Sungai Buloh , Selangor .

Mereka juga bersyukur dalam masa 4 tahun Mahligai Impian telah terus berkembang dan menjadi syarikat Sdn bhd . Dengan telah menjayakan lebih 5000 majlis dengan memberi santapan kepada 5 juta orang tetamu .

Sumber: meportal.net dan IG Norman Hakim