“Nampak seri ibu hamil..” – Julia Ziegler kantoikan rahsia Amyra Rosli?

Umum mengetahui pasangan sama cantik sama padan iaitu Amar Baharin dan Amyra Rosli bahagia menjalani kehidupan sebagai suami isteri sejak dua tahun lalu,

Apatah lagi setelah dikurniakan cahaya mata sulung iaitu Aqeef Anaqi yang kini mencecah usia sembilan bulan dengan gelagat dan telatahnya menghiburkan hati orang ramai.

Terbaru, Amyra dikatakan sedang hamil cahaya mata keduanya. Eh biar betul ni? Namun tidak pasti ianya sahih ataupun sekadar spekulasi.

Ini kerana rakan selebriti, Julia Ziegler ada berkongsi sekeping gambar di InstaStory miliknya ketika terjumpa dengan pelakon drama bersiri Nur itu baru-baru ini.

“Terserempak dengan mommy to be. Nampak seri ibu mengandung,” tulis Julia menerusi kapsyen tersebut.

Kita tunggu dan lihat sajalah ya! Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016 dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Premiera, Kuala Lumpur.

 

Sumber : Amyra Rosli

Kredit: Ohmymedia