“Muka Cantik, Mekap Tebal, Pakaian Hipster Tetapi Pengotor”

Raya tahun ini saya pulang ke kampung ayah. Tetapi sebelum balik saya tumpang rumah abang saya di Kuala Lumpur sebab bas balik ke Terengganu berlepas pada jam 12 tengah malam. Saya tinggal di rumah abang seorang diri sebab semua kawan-kawan abang kerja lagi.

Sedang saya tengok TV, saya terdengar jeritan seorang wanita yang tinggal di sebelah rumah, rumah jiran abang. Saya meluru keluar dan melihat ada seorang wanita cantik yang memang daring..

“Dik tolong akak, ada ular dalam beg kawan akak”

Saya dengan heronya masuk rumah tanpa memikirkan apa-apa. Walaupun hakikatnya saya betul takutkan ular. Terus jadi terlupa sebab wanita cantik sudah di depan mata.

Masuk saja ke dalam rumah dia, saya terbau hapak yang sangat kuat. Yaaaa Allah, kasut-kasut kotor bergelimpangan.

Saya terus tidak memikirkan apa-apa lagi, terus meluru ke bilik kawan gadis cantik tu, hampir pengsan apabila saya melihat baju-baju kotor dan tidak kotor berselerak di dalam bilik dia, pakaian dalam sana sini tersangkut.

“Dik kat beg tu, ada anak ular, tolong buang.

Wah, persis Nora Danish kawan dia, seksi, lihat di mukanya dia baru selesai bermekap. Memang tebal, siap berbaju ala hipster.

“Nak pergi mana cantik-cantik?”, tanya saya.

“Nak balik kampung, itu yang mahu guna beg, beg lama tidak pakai”

Di dalam hati aku “patut la ada ular” rumah berserak dan tidak kemas langsung.

Aku pun ambik beg dia dan terus zip, takut ular itu keluar, ala ular kecik saja.

Aku pun pergi ke dapur, Ya Allah! Dapur dia, hampir tersembam aku, minyak serata dapur, kualai dan periuk ada Maggie lama yang sudah mahu kering, meja penih makaan berulat, dapur ada sambal sardin yang berkulat.

Bau dia? Lagi busuk dari bangkai.

“Muka cantik, make up tebal, pakaian hipster tapi pengotor”

Aku dapat bezakan rumah bujang abang aku dengan rumah anak dara sebelah ini. Memang jauh berbeza.

Terus termenung aku. Sekarang baru sedar kenapa tunang abang aku tidak cantik, tapi tiap kali balik ke kampung, rumah tunang dia memang cantik, bilik air pun boleh buat tidur. Tunang abang aku tinggal satu kampung dengan aku. Memang aku tahu dia seorang pembersih.

Sebab itulah zaman sekarang tidak boleh tengok muka saja. Kena selidik dulu perangai dia. Hantaran mahu minta RM10k hingga RM30k, tetapi pemalas.

Sumber: http://www.ohmymedia.cc