Mohon doa orang ramai “Sampai Di Klinik Dia Pengsan & Terus ..” – Mustapha Kamal Masuk Hospital Selepas Alami Demam & Mvntah

Isteri kepada pelakon Mustapha Kamal, Sarah Manen Ibrahim mengesahkan suaminya kini sedang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.

 

Menerusi laporan Harian Metro, Sarah menjelaskan dia dan suami sama-sama dimasukkan ke wad kerana dem4m pan4s dan munt4h serta terkena jangkiitan kvman.

 

“Mulanya dua anak lelaki demam pada malam raya kedua kemudian barulah berjangkiit kepada kami berdua.

 

“Dua hari di rumah kami asyik dem4m dan munt4h. Hari ketiga saya rasa tidak tahan kerana viirus itu buat sakiit satu badan.

 

“Saya akhirnya ajak abang Mus ke klinik bersama menantu. Sampai di klinik dia pengsan dan terus dirujuk ke hospital,” katanya

 

Menurutnya, selepas menerima rawatan dan dimasukkan air, keadaan suaminya kini bertambah baik.

 

“Alhamdulillah, abang Mus sekarang sudah tidak dem4m tetapi masih lem4h. Manakala saya pula masih ada masalah dar4h rendah.

 

“Kami masih dalam rawatan dan pemantauan doktor serta kena ambil antibi0tik untuk mencegah kum4n,” katanya.

 

Susan berkata, suaminya sepatutnya akan terbabit dengan banyak program hari raya bersama wakil rakyat dan kerajaan negeri tetapi terpaksa dibatalkan kerana masalah itu.

 

Semalam, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi turut meluangkan masa menziarahi pelakon berusia 58 tahun itu di HRPZ II.