MFL Jawab Kritikan Netizen Isu Trofi ‘Kartun’ Anugerah Bola Sepak Kebangsaan

 

MALAYSIA Football League (MFL) memohon maaf selepas berdepan kritikan ramai berhubung kualiti trofi Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2018.

MFL memaklumkan terdapat kesilapan dalam tempahan yang dibuat dan trofi yang diberikan kepada pemenang tahun ini bukan seperti yang telah dipersetujui Pengerusi MFL, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“MFL telah mengenal pasti kakitangan yang telah membuat kesilapan dalam pesanan untuk membuat trofi tersebut dan dia cuba untuk menutup perkara tersebut tanpa sebarang maklumat yang diberitahu kepada pihak pengurusan MFL.

“MFL memohon maaf kepada semua pemenang dan juga komuniti bola sepak Malaysia di atas insiden yang tidak mencerminkan matlamat, visi dan piawaian MFL dan Tunku Pengerusi kami yang sangat menekankan standard dan kualiti dalam semua aspek,” kata MFL dalam satu entri di akaun Facebook.

MFL juga berjanji akan menghubungi semua pemenang dan menggantikan trofi tersebut, sesuai dengan standard dan kualiti yang ingin dipersembahkan.

Sebelum ini, beberapa portal melaporkan salah satu trofi yang dimenangi Muhammad Safawi Rasid patah sejurus tamat acara tersebut pada Isnin.

BACA: Tiga anugerah ABK bakar semangat Safawi

Pada Isnin, Muhammad Safawi memenangi tiga anugerah iaitu pemain paling bernilai, pemain tengah terbaik dan pemain muda harapan.

Selain itu, kualiti trofi untuk kategori Penjaring Terbanyak didakwa tidak menggambarkan prestij anugerah berkenaan.

TROFI YANG DIPERSEMBAHKAN BUKAN SEPERTI YANG TELAH DILULUSKAN——MFL sangat kecewa dengan trofi yang telah…

Posted by Football Malaysia LLP on Tuesday, 6 November 2018

Ini Bukan Kasut Emas, Ini Kasut Cinderella. TMJ Sound Gara2 Trofi Kasut Emas Macam Apa Dah

Anugerah Sukan Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2018 terpalit kontroversi apabila trofi untuk anugerah Kasut Emas hanya bersaiz sebesar tapak tangan.

Berbanding sebelum ini, selain trofi utama diberi kepada pemenang, hadiah Kasut Emas antara yang menjadi tumpuan dengan pemenang itu sendiri akan berasa bangga menjulangnya. Tetapi, situasi sebaliknya berlaku tahun ini!

Kontroversi saiz trofi Kasut Emas itu terus menjadi bualan peminat bola sepak tempatan yang dianggap sebagai ‘mempermainkan’ kewibawaan pemain-pemain bola sepak tempatan.

Pemain Kelantan Shafiq Shahrudin menerima anugerah tersebut bagi kategori penjaring terbanyak Liga Super (Pemain Tempatan), manakala Rufino Segovia (Selangor) untuk Pemain Import.

Berikutan itu, Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengarahkan sesiapa yang bertanggungjawab dalam menyediakan trofi itu meletak jawatan serta-merta.

” Saya telah dimaklumkan mengenai isu kualiti trofi pada ABK2018. Bagi saya, kualiti memang tidak boleh diterima dan saya jangka sesiapa sahaja yang terlibat perlu bertanggungjawab meletak jawatan serta merta.

” Hanya 13 jam berada di luar negara dan huru-hara berlaku. MFL, selesaikan masalah ini dan beri anugerah (trofi) yang lebih berkualiti,” ujar Tunku Ismail menerusi perkongsian di laman Twitter miliknya.

Dalam satu lagi perkongsian, Tunku Ismail memberitahu: ” Ini bukan Kasut Emas. Ini kasut Cinderella miniature version.. Haha.. Sorry, I can’t get over it. MFL, lucky you guys acted on it. If not I was about to give you the people’s elbow… Step Up!.”

Pemain Kelantan, Shafiq Shaharudin menerima Kasut Emas bagi Pemain Tempatan.
Sementara itu, MFL menerusi kenyataan di Facebook rasminya turut meluahkan rasa kecewa dengan trofi yang dipersembahkan itu.

“MFL sangat kecewa dengan trofi yang telah dipersembahkan pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2018 yang lepas.

“Trofi berkenaan tidak memenuhi standard seperti apa yang diharapkan oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Pengerusi MFL dan ianya juga tidak layak diberikan kepada pemenang yang telah memberikan yang terbaik sepanjang musim ini,” jelas kenyataan tersebut.

Tambahnya lagi, MFL telah mengenal pasti kakitangan yang telah membuat kesilapan dalam pesanan untuk membuat trofi tersebut dan beliau cuba untuk menutup perkara tersebut tanpa sebarang maklumat yang diberitahu kepada pihak pengurusan MFL.

“Seperti dilihat dari gambar-gambar yang dilampirkan, MFL sentiasa memberikan trofi yang sesuai dan mengikut standard yang perlu.

“MFL juga telah mengambil inisiatif untuk menghubungi semua pemenang bahawa MFL akan menggantikan trofi ini dengan yang lebih sesuai dengan pencapaian mereka.

“MFL sentiasa berusaha untuk menjadikan ABK ini lebih besar dan megah setiap tahun. Kejayaan ini telah dicapai sehingga kejadian yang sangat menghampakan ini berlaku.

“Jadi sudah pasti pihak MFL tidak berniat untuk memberikan sebuah trofi yang tidak sesuai kepada semua pemenang, dan tindakan sudah diambil ke atas mereka yang terlibat dalam kejadian yang menghampakan ini.”

MFL juga memohon maaf kepada semua pemenang dan juga komuniti bola sepak Malaysia diatas insiden yang tidak mencerminkan matlamat, visi dan piawaian MFL.

“Pengerusi kami yang sangat menekankan standard dan kualiti dalam semua aspek. MFL akan lebih baik pada masa hadapan.”

erdahulu ANUGERAH Bola Sepak Kebangsaan 2018 berlangsung penuh gemilang dengan menyaksikan beberapa pemain kebangsaan menepati ramalan untuk merangkul anugerah.

Kejayaan itu sekali gus menjadi pembakar semangat buat mereka menjelang saingan Piala AFF yang akan bermula dua hari lagi. Lebih daripada 20 anugerah dipertandingkan dalam majlis itu yang mengangkat martabatkan sukan bola sepak tempatan.

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) unggul memenangi sembilan anugerah, antaranya menerusi Farizal Marlias yang merangkul Anugerah Penjaga Gol Terbaik di samping Safawi Rasid yang menjadi tumpuan selepas membolot tiga anugerah –Pemain Muda Harapan, Pemain Tengah Terbaik dan Pemain Paling Bernilai

“Saya sangat gembira kerana saya tidak sangka akan muncul pemain paling bernilai tahun ini,” kata Safawi.

“Saya berbangga dengan kemenangan ini. Segala usaha yang kami lakukan selama ini membuahkan hasil. Saya berasakan kejayaan ini adalah kejayaan sepasukan,” kata Farizal.

Pemain Kedah, Akhyar Rashid, dinobatkan sebagai Penyerang Terbaik selepas mengetepikan Ahmad Hazwan Bakri dan Shahrel Fikri Md Fauzi. ” Saya amat berbesar hati untuk dipilih merangkul Anugerah Penyerang Terbaik,” kata Akhyar.

Jurulatih perak, Mehmet Durakovic, yang baru sahaja membantu skuad The Bos Gaurus menamatkan penantian 18 tahun menjulang Piala Malaysia dinobatkan sebagai Jurulatih Terbaik 2018 selepas menewaskan pengendali Pahang, Dollah Salleh dan B. Sathianathan dari Felda United.

” Saya mahu kekal merendah diri kerana kejayaan ini adalah untuk semua pemain saya, barisan kejurulatihan, peminat di seluruh Malaysia dan keluarga saya. Ia sebuah penghargaan yang amat besar buat saya,” kata Durakovic.

Senarai Anugerah:

Pemain Paling Bernilai: Safawi Rasid (JDT) Pemain Muda Harapan: Safawi Rasid (JDT) Jurulatih Terbaik: Mehmet Durakovic (Perak) Penyerang Terbaik: Akhyar Rashid (Kedah) Pemain Tengah Terbaik: Safawi Rasid (JDT) Pertahanan Terbaik: Shahrul Saad (Perak)
Penjaga Gol Terbaik: Farizal Marlias (JDT) Kasut Emas: Rufino Segovia (Selangor) Penjaring Terbanyak Tempatan: Shafiq Shaharudin (Kelantan) Pemain Import Terbaik: Rufino Segovia (Selangor)

Pemain ASEAN Terbaik: Hariss Harun (JDT) Pemain Paling Popular: Lee Tuck Pasukan Terbaik: Johor Darul Ta’zim Penyokong Terbaik: Johor Darul Ta’zim Laman Web Terbaik: Johor Darul Ta’zim Media Sosial Terbaik: Johor Darul Ta’zim Pemain Wanita Terbaik: Nurul Azurin Mazlan (Negeri Sembilan) Anugerah Mesra Media: Yusri Che Lah (Kelantan) Anugerah Akar Umbi: Kenari Kid Project (Kedah) Anugerah Fair Play: Melaka Anugerah Persahabatan: Hafizh Syahrin Abdullah (MotoGP)

VIDEO:

Sumber: mstar dan astr0awan1