“Mereka menyangka ayah mereka masih bertugas di Pangkal Pinang”- Mangsa nahas pesawat terhempas Lion Air tidak tahu Macam mana nak beritahu anak

 

“SAYA tak tahu bagaimana nak beritahu anak mengenai kejadian menimpa ayah mereka kerana mereka menyangka ayah mereka masih bertugas di Pangkal Pinang.”

Demikian kata, Helda Aprilia, 31, isteri Ibnu Hantoro, 33, mangsa nahas pesawat terhempas Lion Air yang bertugas sebagai doktor.

Helda menerusi laporan Kompas.com berkata, suaminya sering membuat panggilan video bagi melepaskan rindu kepada anak-anak apabila berjauhan dari keluarga.

“Dia seorang yang penyayang dan sering menghubungi keluarga untuk bertanya khabar.

“Malah, setiap kali suami memberitahu anak-anak bahawa dia akan pulang, anak-anak tidak sabar menanti dan sentiasa menunggu kepulangan ayah mereka di hadapan pintu.

“Sehingga saat ini, mereka belum mengetahui nasib yang menimpa ayah mereka,” kata ibu kepada dua anak ini.

Helda berkata, suaminya merancang untuk membawa mereka sekeluarga bercuti pada Disember depan.

“Suami ada menyuarakan hasrat membawa kami sekeluarga bercuti. Saya harap nasib suami dapat diketahui dengan segera,” katanya.

Dalam kejadian pagi Isnin lalu, pesawat Lion Air JT610 terhempas di perairan Indonesia di Karawang selepas beberapa minit berlepas dari Jakarta menuju ke Pangkal Pinang, Sumatera.

Bagaimanapun, Pengarah Operasi Agensi Mencari dan Menyelamat, Bambang Suryo Aji berkata, mungkin tiada mangsa yang terselamat dalam tragedi terbabit.
Isyarat ping dari kotak hitam Lion Air JT610 didakwa dikesan

USAHA mengesan pesawat Lion Air JT610 yang terhempas di perairan Karawang menerima perkhabaran terbaru apabila pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mendakwa telahpun dapat mengesan isyarat ping dari kotak hitam pesawat itu di dasar laut.

Isyarat itu dikatakan telah diterima kapal pengesan Baruna Jaya I milik Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi (BPPT).
Menurut Ketua Biro Kompas TV, Safri Sitepu yang menyampaikan maklumat kepada Astro AWANI dari lokasi pesawat itu terhempas, kapal pengesan itu telah menjejak isyarat kotak hitam dari pesawat itu.

Isyarat kotak hitam itu telah ditemukan melalui isyarat ping yang dikenal pasti oleh robot Kenderaan Kawalan Jauh Dasar Laut (ROV) yang secara tidak langsung mampu membantu mengesan posisi bangkai pesawat tersebut.

Tambahnya, perkembangan tersebut merupakan satu berita baik setakat ini, kerana ia bakal memberikan maklumat tentang situasi sebenar yang berlaku pada pesawat tersebut sebelum ia terhempas di Laut Jawa.

Safri juga memberitahu bahawa setakat ini 49 jenazah telah dibawa ke Hospital Polri, Jakarta untuk dibedah siasat dan juga dilakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengesahkan mayat mangsa yang terlibat dalam kemalangan pesawat terhempas.

sumber: astroawani

VIDEO: Kapal Terbang Lion Air Terhempas. Semoga semua ahli keluarga mangsa tabah hadapi ujian.

Kapal Terbang Lion Air Terhempas. Semoga semua ahli keluarga mangsa tabah hadapi ujian.

Posted by Ahmad Faizal Mohammed Ali on Sunday, 28 October 2018