‘Mereka Menyamar Sebagai Pihak Bank’ – Syafiq Kyle Rugi RM40,000

Sindiket penipuan wang haram atau lebih dikenali sebagai scammer ini semakin menjadi-jadi dan ianya boleh mengundang kerugian besar kepada mangsa. Pelbagai kaedah yang digunakan seperti membuat panggilan telefon dan menyamar sebagai pihak bank. Semua ini adalah taktik untuk memperdayakan mangsa bagi menjalankan urusan memindahkan wang.

Pelakon terkenal Syafiq Kyle menjadi mangsa scammer dan dia terperdaya dengan modus operandi yang dilakukan sindiket terbabit. Pelakon ini menasihati orang ramai untuk lebih berhati-hati dengan setiap panggilan yang tidak dikenali.

Rugi Rm40,000

Pada Sabtu lepas, pelakon Syafiq Kyle telah membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur berhubung kes sindiket penipuan wang haram menerusi panggilan telefon. Malah, dia turut mengalami kerugian hampir RM40,000 dalam sindiket tersebut.

Saya sudah terkena dan berharap orang ramai terutama peminat lebih berhati-hati apabila menerima panggilan telefon yang mencurigakan. Semuanya berlaku sangat pantas dan modus operandi yang dilakukan sindiket terbabit sangat menyakinkan.

Ini kali pertama ditipu

Menurut Metro, pihak polis akan menjalankan siasatan terhadap sendiket penipuan wang haram itu. Memandangkan sudah banyak laporan dan ramai yang telah terperdaya dengan pihak tidak bertanggungjawab.

Mereka juga menyamar sebagai pihak bank dan meminta saya memasukkan wang ke akaun diberikan kononnya saya pernah melakukan kesalahan. Saya terus memasukkan wang diminta tanpa menyedari diri menjadi mangsa pihak terbabit.

Ia kali pertama saya ditipu pihak tidak bertanggungjawab sepanjang berkecimpung sebagai artis. Apapun, saya reda dengan apa berlaku kerana mungkin bukan rezeki saya. Sebagai selebriti, saya berasa terpanggil untuk membuat pendedahan ini untuk memberi kesedaran kepada orang ramai terutama peminat supaya tidak menjadi mangsa penipuan sindiket terbabit.

Sumber: Metro

Percubaan buat muka kesian 🙄

A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez) on

Keep smiling. Because one day, life will get tired of upsetting you. #SalamJumaat

A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez) on

Jangan slide kalau tak mau mimpi buruk malam ni. #GelakCoverMulutCapik

A post shared by Syafiq Kyle (@syafiqkylez) on