Masih ingat lagi beliau? Adakah benar Yusuf Azmi tinggalkan PPIM? Ini kenyataan sebenar

Adakah benar Yusuf Azmi tinggalkan PPIM? Salah satu media masa bernama Malaysia Gazette mengeluarkan kenyataan ini.

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menegaskan aktivis Yusuf Azmi tidak lagi terlibat secara langsung dalam persatuan berkenaan, kata Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan.

Menurutnya, Yusuf telah menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baru yang dikenali sebagai Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia.

Namun begitu, kata Nadzim, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk meneruskan kerjasama dengan Yusuf dan mana-mana NGO yang berminat dengan kerja-kerja dan hala tuju PPIM.

Berkenaan Yusuf ini, nak kata terlibat secara langsung dengan kami (PPIM) itu tidak, tetapi beliau (Yusuf) masih ada urusan kerja yang lama. Kita akan menilai dan tengok macam mana.

Kita tak mahu dilihat ada pertembungan antara ‘orang tuua’ dan orang yang muda, yang bersemangatnya mungkin lain. Kita ni yang tuua mungkin perlahanlah sikit.

“Bekerjasama dengan beliau tak ada masalah, cuma kita tak mahu dilihat matlamat itu macam ada perbezaan,” katanya pada theRakyat.com di sini semalam.

Baru-baru ini empat bekas kakitangan PPIM mendakwwa, PPIM menggunakan kaedah menetapkan jumlah pinjaman terlebih dahulu dengan ah long namun mengenakan pembayaran lebih tinggi kepada pengadu atau m4ngsa ah long.

Sidang media tersebut untuk membersih nama selepas Yusuf membuat laporan ke atas mereka pada Isnin lalu. Namun mereka menjelaskan kes itu tiada kaitan dengan Nadzim dan PPIM Keramat.

Dalam laporannya itu, individu-individu terbabit didakwwa telah mencurri dokumen-dokumen penting berkaitan ah long dan peribadi di syarikat konsultan PPIM yang diketuai Yusuf dengan cara mencer0boh pejabat tersebut.

Ini kenyataan RASMI dari pihak PPIM

Yusuf Azmi Tidak Lagi Bersama PPIM?

Kami menafikan perkara ini, makluman yang dipaparkan adalah tidak tepat sama sekali. Kami berharap pihak media tidak memanipuIasi kenyataan yang disampaikan dan lebih beretika serta bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan. Kami tidak pernah memaklumkan bahawa Yusuf Azmi tidak lagi bersama PPIM dan sebaliknya memaklumkan bahawa Yusuf Azmi telah menubuhkan persatuanya sendiri.

Kami di PPIM berasa amat kecewa dengan kenyataan ini. Tambahan pula, Toqqi tidak pernah di temuduga oleh pihak Malaysia Gazette.

Jelas Toqqi “Sekiranya pihak Malaysia Gazette inginkan maklumat yang lebih tepat, sebaiknya datang bertemu & bukan memanupulasi berita seperti ini”.

Sumber: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)