Laudya Cynthia Bella Sebak Dan Menangis Haru Bila Erra Fazira Buat Kejutan Hari Lahir Buat Dirinya.

Tidak mudah bagi seorang wanita untuk mahu berkawan baik dengan bekas isteri suaminya.Tidak mudah juga bagi seorang wanita untuk menjadi teman akrab dengan isteri kepada bekas suami. Betul tak? Ini adalah satu perkara biasa yang berlaku. Kalau bekas suami atau bekas isteri berkahwin lain, biasanya orang dah tak ambil tahu dah.Mahu jadi kawan baik dan menjadi BFF kepada teman baru ex kita………? Tidak semua orang mampu melakukannya.

Namun Erra Fazira dan Laudya Cynthia Bella atau lebih mesra di panggil Bella membuktikan mereka mampu melakukannya demi kebahagiaan hidup bersama.

Sebelum ini, Bella dan Aleesya telah membuat kejutan hari lahir buat Erra. Kali ini Erra pula yang melakukan hal yang sama buat Bella. Tidak di nafikan Bella dan Erra bagaikan adik-beradik dan BFF yang saling mengambil berat antara satu sama lain.

Bella sanggup tinggalkan negaranya Indonesia semata-mata mahu hidup di samping suami tercinta di negara orang.Bukan mudah untuk dirinya berada di tempat yang jauh dan selalu merindui keluarga tercinta. Namun di sini Bella tetap menerima kasih sayang dari Erra dan yang lain bagaikan keluarga kandung sendiri.

Bella di lihat sebak dan mengesat air matanya berkali-kali sambil melihat kek hari lahir yang ada di depan matanya.

Anda boleh tonton detik bahagia ketika Erra menyambut hari lahir Bella dalam rakaman video ini :

Di Indonesia, ramai yang memuji dan terinspirasi dengan hubungan Erra dan Bella yang sangat rapat walaupun Erra adalah bekas isteri kepada suami Bella. Ramai yang memuji dan menyatakan betapa mereka merasa sejuk hati bila melihat hubungan Bella dan Erra ketika bersama.

sumber: KisahDunia