Lakonan menjadi, ‘Husna’ kena serang dengan penonton di IG

Pelakon yang membawa watak antagonis bagi sesebuah naskah lakonan sering menjadi perhatian orang ramai kerana sifatnya yang sangat menjengkelkan.

Walaupun sekadar mempamerkan bakat lakonan sebagai ‘penjahat’, tetapi watak tersebut cukup membuatkan penonton berasa menyampah hingga terbawa-bawa ke luar drama dan filem.

Mungkin itulah yang dihadapi oleh pelakon Niena Baharun yang membawa watak Husna menerusi drama bersiri fenomena ketika ini, Jangan Benci Cintaku.

Walaupun Niena atau nama sebenarnya Amaniena Kamarul Baharun sedang hamil lima bulan, dia kelihatan ‘steady’ menerima kecaman dan kutukan penonton drama yang disiarkan di slot Akasia di TV3 itu.

Menerusi beberapa posting di laman Instagram miliknya, penonton memenuhi ruangan komen pelakon berusia 25 tahun itu setelah ramai yang tidak berpuas hati dengan watak yang dijayakannya sehingga mencecah ribuan komen!

 

https://www.instagram.com/p/BlpXbFiBkeU/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=n360sluk9qv0

 

 

Bini dia lari, kesian lah Shah – Husna #JanganBenciCintaku

A post shared by nienabaharun (@nienabaharun.nb) on

 

https://www.instagram.com/p/Bls0YKQhnwP/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=10uiwb02fnyiy

 

 

 

 

 

 

 

Sumber : Niena Baharun

 

Kredit: Ohmymedia