Kisah ‘Cikgu Suraya’ dijadikan drama, YouTuber Kelantan ditegur kerana pamer aksi kurang sopan

Kebanjiran YouTubers yang menjana pendapatan menerusi laman sosial tersebut dilihat seperti cendawan tumbuh. Pelbagai pengisian yang menarik daripada mereka telah berjaya membuatkan golongan muda mencuba menjadi YouTubers.

Salah seorang YouTubers terkenal adalah Alieff Irfan yang mempunyai 1.83 juta pengikut di channel YouTubenya. Hal ini membuatkan ramai  yang ingin mendapatkan khidmatnya bagi mempr0mosikan sesuatu produk.

Namun begitu, sejak semalam, nama Alieff Irfan telah disebut-sebut berikutan satu video seakan drama pendek di bawah saluran YouTubenya telah tular kerana memaparkan adegan yang kurang manis ditonton berikutan wujud unsur sksual.

Bertajuk Special Armed F0rced x Jasmine Suraya, pelakon popular, Jasmine Suraya turut terlibat dalam drama youtube itu.

Kisah yang dipaparkan agak mencurri perhatian warganet kerana dikatakan diadaptasi daripada sebuah cerpen lama yang popular suatu ketika dahulu bertajuk “Cikgu Suraya.” Cerpen tersebut sebenarnya merupakan satu kisah sksual yang ditulis dan menjadi bualan para remaja.

Baru sahaja memuat naik episod satu drama penddek tersebut di YouTube, Alieff telah hebat dikeccam warganet berikutan keberaniannya mengangkat tema cerpen tersebut.

Salah satunya datang daripada seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Mohd Fadhli yang dilihat tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Alieff.

KITA TIDAK BENCI ALIEFF IRFAN TAPI KITA TAK SUKA ATAU TAK SETUJU DENGAN VIDEONYA YANG S0FT P0RN DAN ADA UNSUR SEEX…

POSTED BY MOHD FADHLI ON MONDAY, OCTOBER 14, 2019

Komen yang diterima di Facebook sumber juga agar negatif kerana rata-rata merasakan video tersebut tidak berapa elok untuk ditonton berikutan boleh mencemmarkan minda masyarakat sekarang terutamanya golongan muda.

Ini komen Alieff 

Walau bagaimanapun, menerusi komen yang ditinggalkan Alieff di YouTube, dia menjelaskan bahawa ia sekadar permulaan cerita dan perlu menonton episod-episod seterusnya bagi mengetahui kisah sebenar.

Sumber : Alieff Irfan, Cikgu Fadhli