Kerana Seluar dal am renda ini, suspek bebas tuduhan rog*l

 

DUBLIN: Keputusan mahkamah membebaskan seorang lelaki daripada tuduhan mero gol remaja berusia 17 tahun mencetuskan siri protes di Ireland.

Semasa perbicaraan kes itu, peguam bela memberitahu juri, ‘Anda perlu lihat cara gadis itu berpakaian. Dia memakai thong dengan renda pada bahagian depannya’.

Susulan itu, suspek berumur 27 tahun itu didapati tidak bersalah dan tuduhan ke atasnya telah digugurkan.

Tertuduh mendakwa hubungan intim dengan remaja tersebut yang berlaku di lorong kecil di Cork adalah secara sukarela.

Kontroversi itu telah menyebabkan salah seorang ahli Parlimen menunjukkan seluar dal am renda itu dalam dewan untuk membahaskan isu tentang tindakan menyalahkan mangsa.

“Ia memang perkara memalukan untuk menunjukkan thong (seluar dalam) di sini. Bagaimana anda fikir mangsa rogol atau wanita berasa wajar atau tidak seluar dalam yang dipakai mereka ditunjukkan di mahkamah,” kata Ruth Coppinger.

Butiran hujah penutup yang dibentangkan penasihat kanan, Elizabeth O’Connel telah menarik perhatian banyak pihak hingga mencetuskan gerakan protes dalam talian. – BBC

Bertahun diro gol bapa tiri, man gsa bakal dipenjara kerana cuba gugur kandungan

SEORANG mangsa rogol dijangka berdepan hukuman penjara selama 20 tahun kerana cuba membun uh bayi yang dilahirkan di sebuah tandas di El Salvador.

Imelda Cortez ditahan sejak April 2017 selepas melahirkan seorang bayi perempuan. Bayi itu dilahirkan setelah dia berulang kali dirog ol oleh bapa tirinya yang ‘ganas’.

Cortez yang ketika itu berusia 18 tahun dihantar ke hospital selepas ibunya mendapati dia sedang mengalami pendarahan yang banyak dan kesakitan teruk.

Doktor di bilik kecemasan mengesyaki Cortez cuba melakukan pengguguran dan menghubungi polis.

Bayi itu ditemui dalam keadaan masih hidup dan sihat di dalam tandas, lapor Guardian.

Cortez telah menjadi mangsa penyalahgunaan bapa tirinya yang berusia 70 tahun sejak dia berusia 12 tahun dan memberitahu dia tidak tahu bahawa dirinya hamil.

Salah seorang peguam pertahanannya, Bertha Maria Deleon memberitahu Guardian: “Ini adalah ketidakadilan paling melampau dan menakutkan terhadap seorang wanita yang pernah saya lihat.

“Negara telah berulang kali melanggar hak Imelda sebagai man gsa, dia sangat terkesan tetapi dinafikan perhatian psikologi.”

Protes terhadap undang-undang pengguguran dan penjara wanita di El Savador. -foto Alamy

Pengguguran adalah haram dalam semua keadaan di El Salvador.

Menurut Guardian, ketika Cortez berada di hospital, bapa tirinya telah melawatnya, mengancam untuk dirinya, adik-beradiknya dan ibunya jika dia melaporkan tentang penyalahgunaan itu.

Seorang pesakit lain terdengar percakapan itu dan memberitahu seorang jururawat, yang kemudian memanggil polis.

Pendakwa pada mulanya menuduh Cortez mereka cerita tentang penyalahgunaan itu tetapi ujian DNA mengesahkan siapa bapa bayi tersebut. Bapa tirinya masih belum didakwa.

Perbicaraan jenayah terhadap Cortez bermula Isnin ini dengan keputusan oleh tiga hakim dijangka dibuat dalam masa seminggu. -Mirror

sumber: mstar